Skip to main content

Teknologi

LG nafi dakwaan keluar pasaran TV, jual perniagaan kepada Hisense

LG Electronic menafikan dakwaan mereka akan keluar daripada perniagaan TV dan menjualnya kepada Hisense. Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan lewat semalam, LG berkata “LG Electronics ingin menyatakan bahawa berita mengenai potensi penjualan perniagaan TVnya adalah tidak berasas sama sekali dan oleh itu adalah spekulatif dan mengelirukan”. Laporan asal daripada laman EBN semalam telahpun dipadam.
Menurut LG, syarikat itu kekal komited terhadap pembangunan dan pengeluaran produk paparan premium meskipun berdepan persaingan sengit dalam pasaran global. -Foto Amanz

LG ELECTRONICS menafikan dakwaan bahawa syarikat itu akan keluar daripada pasaran televisyen (TV) dan menjual perniagaan tersebut kepada pengeluar China, Hisense.

Dalam kenyataan rasmi, LG menegaskan laporan berkenaan adalah tidak berasas serta mengelirukan, lapor Amanz.

Penjelasan itu dibuat susulan laporan sebuah laman berita ekonomi antarabangsa yang mendakwa LG sedang mengadakan perbincangan dengan wakil Hisense di Beijing untuk menjual operasi perniagaan TV mereka.

Laporan tersebut bagaimanapun dilaporkan telah dipadamkan tidak lama selepas diterbitkan.

Menurut LG, syarikat itu kekal komited terhadap pembangunan dan pengeluaran produk paparan premium meskipun berdepan persaingan sengit dalam pasaran global.

Penganalisis sebelum ini mengaitkan spekulasi penjualan tersebut dengan tekanan margin keuntungan serta persaingan harga daripada pengeluar China seperti TCL dan Hisense.

Pasaran TV global kini menyaksikan perubahan ketara apabila beberapa pengeluar utama menyesuaikan strategi untuk kekal kompetitif.

Sony dilaporkan menyusun semula perniagaan TV melalui entiti baharu, manakala Samsung Electronics mengurangkan kehadiran dalam pasaran China susulan persaingan harga.

Must Watch Video

Advertisement