Skip to main content

Teknologi

Nintendo saman kerajaan AS, tuntut pulangan tarif tidak sah

81591762558_NintendoLogo.jpg
Nintendo menegaskan bahawa syarikat itu telah menanggung beban kewangan akibat pelaksanaan tarif yang tidak sah tersebut dan menuntut semua bayaran tambahan dipulangkan dengan segera. -Gambar fail

NEW YORK: Gergasi permainan video Jepun, Nintendo, memfailkan saman terhadap kerajaan Amerika Syarikat (AS) bagi menuntut pemulangan semula bayaran tarif yang dikenakan ke atas operasi global syarikat itu sebelum ini.

Tindakan undang-undang itu diambil susulan keputusan Mahkamah Agung AS yang menetapkan bahawa Presiden Donald Trump telah melampaui kuasa eksekutifnya ketika mengenakan tarif di bawah Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa (IEEPA), sekali gus menjadikan pelaksanaan tersebut tidak sah di sisi undang-undang.

Advertisement

Keputusan mahkamah tersebut telah mencetuskan gelombang tuntutan undang-undang daripada ribuan syarikat lain yang turut terkesan dan kini menuntut bayaran balik daripada kerajaan AS, lapor Bloomberg.

Dalam dokumen saman yang difailkan di Mahkamah Perdagangan Antarabangsa AS, Nintendo menegaskan bahawa syarikat itu telah menanggung beban kewangan akibat pelaksanaan tarif yang tidak sah tersebut dan menuntut semua bayaran tambahan dipulangkan dengan segera.

"Syarikat telah terkesan secara langsung oleh pelaksanaan tarif ini dan kami mahu semua pembayaran yang dibuat di bawah peraturan yang tidak sah itu dikembalikan sepenuhnya," menurut intipati tuntutan syarikat berkenaan.

Langkah Nintendo ini dijangka meningkatkan tekanan ke atas pentadbiran Washington untuk menyelesaikan tuntutan pampasan bernilai berbilion dolar daripada pelbagai firma antarabangsa yang terjejas oleh dasar perdagangan tersebut.

Must Watch Video