Skip to main content

Teknologi

OpenAI bangunkan cermin mata, pembesar suara dan lampu pintar berasaskan AI

41746704344_OpenAIlogo.jpg
Peranti pertama yang dijangka memasuki pasaran ialah pembesar suara pintar berasaskan AI, yang disasarkan untuk dijual pada harga antara AS$200 hingga AS$300 (kira‑kira RM800 hingga RM1,200). -Gambar fail

OPENAI dilapor sedang membangunkan keluarga peranti pintar merangkumi cermin mata, pembesar suara dan lampu pintar, menurut laporan The Information yang disahkan beberapa portal teknologi antarabangsa.

Peranti pertama yang dijangka memasuki pasaran ialah pembesar suara pintar berasaskan AI, yang disasarkan untuk dijual pada harga antara AS$200 hingga AS$300 (kira‑kira RM800 hingga RM1,200).

Advertisement

Ia dilengkapi kamera bagi membolehkan peranti memahami persekitaran pengguna, termasuk pengecaman wajah bagi pengesahan pembelian dan interaksi peribadi.

OpenAI dilapor menugaskan lebih 200 kakitangan untuk projek perkakasan baharu tersebut dengan peranti dijangka dikeluarkan seawal Februari 2027.

OpenAI turut mengusahakan cermin mata pintar, namun perkakasan tersebut dilaporkan hanya bersedia untuk pengeluaran besar-besaran paling awal pada 2028.

Sementara itu, lampu pintar berada pada peringkat pembangunan awal dan belum dipastikan akan dipasarkan.

Kerjasama rapat antara Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI, Sam Altman, dan pereka terkenal Jony Ive turut mempercepatkan usaha mengembangkan peranti berasaskan AI ini.

Kedua-duanya dilaporkan mahu menghasilkan generasi baharu produk interaksi manusia-mesin yang lebih intuitif.

Must Watch Video