Skip to main content

Teknologi

OpenAI tingkat keupayaan AI farmaseutikal melalui pengambilalihan Orchestra Bio

Langkah strategik tersebut dilihat mampu memperkukuh kedudukan OpenAI dalam sektor sains hayat dan penyelidikan farmaseutikal, selain meluaskan penggunaan AI dalam proses pembangunan ubat. -Foto fail/Reuters
Langkah strategik tersebut dilihat mampu memperkukuh kedudukan OpenAI dalam sektor sains hayat dan penyelidikan farmaseutikal, selain meluaskan penggunaan AI dalam proses pembangunan ubat. -Foto fail/Reuters

Advertisement

Ringkasan AI

  • OpenAI secara rasmi mengambil alih Orchestra Bio, syarikat pemula AI yang memfokuskan automasi operasi dan pembangunan ubat dalam industri bioteknologi.
  • Nilai pengambilalihan tidak didedahkan, namun langkah ini dijangka memperkukuh kedudukan OpenAI dalam sektor sains hayat dan penyelidikan farmaseutikal.
  • Teknologi Orchestra Bio akan digabungkan dengan Rosalind untuk membantu saintis mengurus proses kompleks penukaran penemuan saintifik kepada rawatan pesakit.

GERGASI kecerdasan buatan (AI) Amerika Syarikat, OpenAI, secara rasmi mengumumkan pengambilalihan Orchestra Bio, sebuah syarikat pemula perisian AI yang memberi tumpuan kepada automasi operasi dan penyelarasan proses pembangunan ubat dalam industri bioteknologi.

Bagaimanapun, nilai transaksi pengambilalihan syarikat yang berpangkalan di San Francisco itu tidak didedahkan oleh kedua-dua pihak, lapor Amanz.

Langkah strategik tersebut dilihat mampu memperkukuh kedudukan OpenAI dalam sektor sains hayat dan penyelidikan farmaseutikal, selain meluaskan penggunaan AI dalam proses pembangunan ubat.

Orchestra Bio sebelum ini membangunkan platform yang membolehkan saintis dan pengurus program bekerjasama dengan ejen AI untuk menyelaras operasi pembangunan ubat, termasuk pemantauan kajian, pengurusan logistik dan penjadualan ujian klinikal.

Teknologi syarikat itu turut mampu mengenal pasti kesan gangguan terhadap jadual pembangunan ubat. Sebagai contoh, sistem berkenaan boleh membantu menilai impak kegagalan satu kelompok pengeluaran ubat terhadap garis masa ujian klinikal dan proses pembangunan seterusnya.

OpenAI berkata pihaknya akan menggabungkan pasukan serta teknologi Orchestra Bio dengan Rosalind dan Rosalind Workbench, iaitu keluarga model dan alatan AI yang dibangunkan khusus untuk penyelidik dalam bidang biologi dan kimia.

Menurut OpenAI, langkah itu bertujuan membantu saintis bukan sahaja membuat penemuan baharu, malah mengurus proses kompleks yang diperlukan untuk menukarkan penemuan saintifik kepada rawatan yang boleh digunakan pesakit.

Perkembangan tersebut mencerminkan trend lebih meluas dalam industri AI, apabila syarikat teknologi semakin giat meneroka aplikasi khusus dalam sektor penjagaan kesihatan, farmaseutikal dan penyelidikan saintifik.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah tujuan OpenAI mengambil alih Orchestra Bio? 
    A: OpenAI mengambil alih Orchestra Bio untuk memperkukuh kedudukannya dalam sektor sains hayat dan penyelidikan farmaseutikal serta meluaskan penggunaan AI dalam proses pembangunan ubat.
  • Q: Apakah fungsi utama platform yang dibangunkan oleh Orchestra Bio? 
    A: Platform Orchestra Bio membolehkan saintis dan pengurus program bekerjasama dengan ejen AI untuk menyelaras operasi pembangunan ubat, termasuk pemantauan kajian, pengurusan logistik dan penjadualan ujian klinikal.
  • Q: Bagaimana teknologi Orchestra Bio membantu dalam pembangunan ubat? 
    A: Teknologi Orchestra Bio mampu mengenal pasti kesan gangguan terhadap jadual pembangunan ubat, seperti menilai impak kegagalan satu kelompok pengeluaran ubat terhadap garis masa ujian klinikal dan proses pembangunan seterusnya.
  • Q: Apakah rancangan OpenAI terhadap pasukan dan teknologi Orchestra Bio selepas pengambilalihan? 
    A: OpenAI akan menggabungkan pasukan serta teknologi Orchestra Bio dengan Rosalind dan Rosalind Workbench, iaitu keluarga model dan alatan AI untuk penyelidik dalam bidang biologi dan kimia.
  • Q: Apakah trend yang dicerminkan oleh pengambilalihan ini dalam industri AI? 
    A: Pengambilalihan ini mencerminkan trend syarikat teknologi yang semakin giat meneroka aplikasi AI khusus dalam sektor penjagaan kesihatan, farmaseutikal dan penyelidikan saintifik.

Must Watch Video

Advertisement