GADGETS
Pengasas xAI tinggalkan syarikat untuk buka firma kajian AI

Igor Babuschkin (foto) meninggalkan xAI untuk menubuhkan Babuschkin Ventures yang memfokuskan kepada keselamatan AI. -Amanz
ANDA mungkin tidak kenal dengan nama Igor Babuschkin tetapi beliau ialah pengasas xAI bersama dengan Elon Musk pada tahun 2023.
Ringkasan AI
- Igor Babuschkin, pengasas bersama xAI bersama Elon Musk, telah meninggalkan syarikat itu untuk menubuhkan Babuschkin Ventures yang memfokuskan kepada keselamatan AI.
- Keputusan tersebut dibuat selepas pertemuan dengan Max Tegmark dari Future of Life Institute yang mencetuskan kesedaran tentang pembangunan AI yang selamat untuk generasi akan datang.
- Walaupun pemergian Babuschkin mengejutkan, Elon Musk mengucapkan terima kasih atas sumbangannya, di tengah-tengah siri peletakan jawatan eksekutif tertinggi di xAI dan Tesla.
Babuschkin Ventures ialah syarikat pemula yang melakukan kajian keselamatan kecerdasan buatan (AI) dengan ia akan menyokong syarikat yang membangunkan AI dan ejen bagi memajukan tamadun manusia.
Menurut Babuschkin, keputusan meninggalkan xAI dilakukan selepas melakukan pertemuan dengan Max Tegmark, pengasas Future of Life Institute.
Dalam pertemuan tersebut beliau disoal mengenai bagaimana beliau boleh membangunkan AI dengan selamat bagi memastikan anak-anak di zaman hadapan dapat terus berkembang.
Walaupun meninggalkan xAI secara mengejut, Elon Musk berterima kasih kepada Babuschkin kerana membangunkan syarikat.
xAI dan Tesla sejak setahun kebelakangan ini kehilangan beberapa eksekutif tertinggi secara berturutan.
Hanya seminggu lalu pasukan superkomputer Dojo di Tesla dibubarkan selepas ketua pasukan dan 20 kakitangan lain berhenti untuk turut membentuk syarikat AI mereka sendiri. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami