GADGETS
Polis siasat video tular perbualan anggota polis didakwa aibkan wanita

Tular rakaman video memaparkan perbualan seorang wanita dengan seorang individu didakwa anggota polis yang didakwa mengandungi unsur-unsur mengaibkan wanita terbabit. -Sinar Harian
AMPANG JAYA: Polis membuka kertas siasatan susulan penularan satu rakaman video memaparkan perbualan antara seorang anggota polis dan seorang wanita yang didakwa berunsur mengaibkan.
Ringkasan AI
- Polis membuka kertas siasatan berhubung video tular berdurasi 1 minit 30 saat yang memaparkan perbualan antara seorang wanita dan individu didakwa anggota polis yang mengandungi unsur mengaibkan.
- Video tersebut mula tular di TikTok sebelum tersebar ke Instagram, dan laporan polis telah dibuat selepas ia dikesan pada petang Jumaat.
- Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan polis meminta individu terlibat serta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.
"Video itu pada asalnya dimuat naik oleh seorang wanita menggunakan satu nama akaun TikTok sebelum tersebar luas ke platform Instagram.
"Rakaman memaparkan seorang anggota polis sedang berinteraksi dengan seorang wanita yang tidak dikenali, namun perbualan itu didapati mengandungi unsur berbaur mengaibkan terhadap kesantunan wanita terbabit," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Mohd Azam berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Beliau turut meminta individu yang terlibat dalam video berkenaan agar tampil bagi membantu siasatan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di talian 03-4289 7222.
"Selain itu, maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintenden Hida Hayati di talian berkenaan," katanya.
Terdahulu, tular rakaman video memaparkan perbualan seorang wanita dengan seorang individu didakwa anggota polis yang didakwa mengandungi unsur-unsur mengaibkan wanita terbabit. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami