awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
[KOLUMNIS] Malaysia - Bangkitnya sebuah negara yang tidak lagi mahu ketinggalan
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Tiada kekurangan bekalan minyak global meskipun konflik Asia Barat meruncing - Novak

Bernama
Bernama
18/06/2025
13:00 MYT
Tiada kekurangan bekalan minyak global meskipun konflik Asia Barat meruncing - Novak
Novak menambah bahawa Rusia tidak melihat sebarang risiko pengurangan eksport minyaknya, memandangkan sejumlah besar kapal masih menunggu untuk beroperasi walaupun ketegangan di Asia Barat meningkat. - Foto REUTERS
ST. PETERSBURG: Tiada kekurangan bekalan minyak di pasaran dunia meskipun konflik di Asia Barat semakin memuncak, namun risiko yang berkaitan telah pun tercermin pada harga semasa, kata Timbalan Perdana Menteri Rusia Alexander Novak pada Rabu, menurut laporan Sputnik/RIA Novosti.
"Tiada perkara sedemikian. Keseimbangan bekalan masih terjaga. Penghantaran berjalan seperti biasa. Pasaran hanya menilai risiko tertentu, dan ini turut mempengaruhi harga," kata Novak di luar sesi Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg (SPIEF) 2025.
Novak menambah bahawa Rusia tidak melihat sebarang risiko pengurangan eksport minyaknya, memandangkan sejumlah besar kapal masih menunggu untuk beroperasi walaupun ketegangan di Asia Barat meningkat.
"Kami tidak melihat sebarang petanda ke arah itu. Pasaran dibekalkan sepenuhnya dengan sumber tenaga bagi kegunaan domestik mahupun eksport," jawabnya ketika ditanya sama ada eksport Rusia terjejas susulan kapal tangki mengambil pendekatan tunggu dan lihat di tengah-tengah konflik antara Israel dan Iran yang kian memuncak.
Novak bagaimanapun enggan mengulas ramalan bahawa harga minyak mungkin meningkat kepada AS$100 setong susulan konflik tersebut.
Edisi ke-28 SPIEF berlangsung di St. Petersburg dari 18 hingga 21 Jun dengan tema "Nilai Bersama: Asas Pertumbuhan dalam Dunia Multipolar." Kumpulan media antarabangsa Rossiya Segodnya, syarikat induk RIA Novosti, merupakan rakan maklumat rasmi forum berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan minyak global
#Asia Barat
#Rusia
#Alexander Novak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami