KUALA LUMPUR: Landskap pendidikan yang semakin digital menuntut pengalaman pembelajaran lebih interaktif, fleksibel dan diperibadikan.
Seiring perubahan itu, Samsung mengetengahkan Galaxy Tab sebagai peranti yang direka untuk membantu guru dan pelajar mengurus pembelajaran dengan lebih cekap, kreatif dan tersusun.
Galaxy Tab merupakan sebahagian daripada ekosistem pembelajaran Samsung yang menyokong pembelajaran visual, kolaboratif dan lebih interaktif di dalam serta luar bilik darjah.
Melalui gabungan ciri Galaxy AI, paparan yang imersif serta penyelesaian pembelajaran berterusan, pengguna dapat mengakses kandungan pendidikan dengan lebih mudah mengikut keperluan masing-masing.
Bagi guru, Galaxy Tab membantu memudahkan penyediaan bahan pengajaran, pengurusan kandungan pembelajaran dan tugasan pentadbiran harian.
Ciri Galaxy AI seperti Note Assist pula membolehkan nota disusun dengan lebih teratur, sekali gus memberi lebih ruang kepada pendidik untuk menumpukan perhatian terhadap penyampaian pengajaran dan interaksi bersama pelajar.
Pada masa sama, Samsung menegaskan penggunaan AI bukan bertujuan menggantikan peranan guru, sebaliknya berfungsi sebagai alat sokongan yang membantu memperkasa proses pengajaran, memperibadikan pengalaman pembelajaran dan mewujudkan persekitaran bilik darjah yang lebih responsif.
Bagi pelajar pula, Galaxy Tab membantu mereka mengakses bahan pembelajaran, mencatat nota, menghasilkan tugasan serta bekerjasama dengan rakan secara lebih fleksibel, sama ada di sekolah, institusi pengajian tinggi mahupun ketika belajar dari rumah.
Keupayaan mengurus maklumat secara digital turut membantu membina disiplin pembelajaran kendiri serta meningkatkan keyakinan untuk meneroka ilmu dalam persekitaran yang semakin digital.
Samsung turut melihat penggunaan Galaxy Tab sebagai sebahagian daripada usaha membangunkan kemahiran masa depan seperti literasi digital, pemikiran kritis, kreativiti dan kolaborasi yang semakin penting dalam dunia pekerjaan dipacu teknologi.
Komitmen itu turut diterjemahkan menerusi kerjasama berterusan Samsung dengan institusi pendidikan dan komuniti bagi memperluas akses kepada teknologi serta pembelajaran digital yang setakat ini telah memberi manfaat kepada lebih 400,000 individu di seluruh negara.
Inisiatif seperti AI Classroom turut mencerminkan usaha syarikat memperkasa pembangunan bakat tempatan dan menyokong agenda transformasi pendidikan negara.
Maklumat lanjut mengenai Galaxy Tab, Program Tawaran Pelajar dan inisiatif pendidikan Samsung boleh didapati menerusi https://news.samsung.com/my/.