Skip to main content

Teknologi

Spotify perkenal ciri baharu, elak lagu kanak-kanak ganggu Spotify Wrapped

[TB]_Ciri Terbaru Spotify_AMANZ
Ciri itu diperkenalkan bagi menangani rungutan pengguna yang mendapati rumusan muzik tahunan mereka dipengaruhi lagu kanak-kanak, runut bunyi filem animasi atau kandungan audio keluarga yang dimainkan secara kerap. -Foto Amanz
Advertisement

STOCKHOLM : Platform penstriman muzik Spotify memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna mengecualikan muzik kanak-kanak dan keluarga daripada profil citarasa mereka.

Ia bagi mengelakkan kandungan tersebut mempengaruhi algoritma saranan serta rumusan Spotify Wrapped pada penghujung tahun, lapor Amanz.

Ciri itu diperkenalkan bagi menangani rungutan pengguna yang mendapati rumusan muzik tahunan mereka dipengaruhi lagu kanak-kanak, runut bunyi filem animasi atau kandungan audio keluarga yang dimainkan secara kerap.

Menerusi tetapan baharu itu, pengguna boleh mematikan suis "Include kids and family music in taste profile" dalam bahagian tetapan aplikasi.

Apabila diaktifkan, muzik kanak-kanak dan keluarga tidak lagi mempengaruhi cadangan kandungan peribadi seperti Discover Weekly, Daily Mix dan Spotify Wrapped.

Menurut Spotify, ciri tersebut sedang dilancarkan secara global menerusi aplikasi mudah alih untuk pengguna Premium dan akaun percuma.

Perubahan itu turut dilaksanakan secara retroaktif, membolehkan muzik kanak-kanak yang telah dimainkan sebelum ini dikecualikan daripada data yang digunakan untuk menjana cadangan kandungan serta Spotify Wrapped.

Spotify berkata kemas kini berkenaan melengkapkan usaha syarikat itu dalam memberikan lebih kawalan kepada ibu bapa dan penjaga, selain menyokong penggunaan fungsi Managed Accounts yang diperkenalkan sebelum ini untuk pengguna kanak-kanak.

Must Watch Video

Advertisement