GADGETS
Threads beralih ke domain .com

Threads telah mengubah domain mereka dari Threads.net ke Threads.com, yang diperoleh dari Shopify pada September 2024. -Amanz
THREADS, perkhidmatan media sosial yang beroperasi di bawah Instagram, kini telah melakukan perubahan pada alamat domain mereka, sekali gus mengubah capaian perkhidmatan berkenaan daripada Threads.net kepada Threads.com.
Ringkasan AI
- Threads telah mengubah domain mereka dari Threads.net ke Threads.com, yang diperoleh dari Shopify pada September 2024.
- Pengguna yang mengakses URL lama akan secara automatik dibawa ke URL baharu.
- Threads menambah ciri baharu termasuk latar masa yang diperibadikan dan pengiklanan global.
Bermula hari ini, pengguna yang ke URL lama Threads.net akan secara automatik dibawa ke URL baharu.
Ini juga dilihat akan memberikan penjenamaan yang lebih selari kepada semua produk Meta yang menggunakan domain dengan akhiran .com.
Bersama-sama dengan kemas kini ini juga, pihak Threads menambah beberapa ciri baharu, termasuk akses kepada latar masa yang diperibadikan mengikut cita rasa dan keperluan pengguna.
Kemas kini ini hadir selepas Meta mengumumkan pengenalan ciri pengiklanan pada peringkat global pada Threads, juga pada minggu ini. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami