Skip to main content

Teknologi

TikTok Shop kurangkan yuran komisen bagi kategori terpilih

Sumber: TikTok Shop Malaysia
Langkah itu dilihat sebagai perubahan strategi berbanding pendekatan sebelum ini yang menyaksikan kadar komisen ditingkatkan secara berperingkat. -Gambar fail

PLATFORM e-dagang TikTok Shop mengumumkan pengurangan kadar yuran komisen bagi beberapa kategori terpilih melibatkan barangan keperluan harian dan segmen utama.

Langkah itu dilihat sebagai perubahan strategi berbanding pendekatan sebelum ini yang menyaksikan kadar komisen ditingkatkan secara berperingkat, lapor Amanz.

Menurut kenyataan rasmi, pelarasan tersebut akan berkuat kuasa mulai 20 Jun 2026.

Antara kategori yang terlibat termasuk produk perubatan, penjagaan hidung dan mulut, susu dan tenusu, makanan segera serta keperluan penyusuan dan pemakanan bayi.

TikTok Shop berkata keputusan itu bertujuan membantu melindungi margin keuntungan penjual, selain memastikan kelangsungan operasi perniagaan serta keupayaan menawarkan harga lebih kompetitif kepada pengguna.

Dalam perkembangan sama, platform itu turut mengekalkan kadar komisen sifar peratus bagi tiga kategori makanan utama.

Kategori berkenaan melibatkan bahan penaik, makanan sejuk beku serta barangan ruji dan memasak.

 

Must Watch Video

Advertisement