Skip to main content

Teknologi

YouTube kini menyertakan iklan 30 saat yang tidak boleh dilangkaui pada televisyen

Paparan antaramuka YouTube TV. - Foto Amanz
Paparan antaramuka YouTube TV. - Foto Amanz
Advertisement

YOUTUBE sedia mempunyai beberapa penawaran iklan berbeza melalui platform mereka.

Terbaru, Google mengumumkan penambahan penawaran iklan 30 saat yang tidak boleh dilangkaui pada YouTube TV.

Google menyatakan dengan penawaran ini, ia memastikan kempen pemasaran sesuatu jenama dapat disasarkan dengan baik kepada para penonton.

Advertisement

Seperti biasa, perkara ini semestinya tidak diminati para pengguna seluruh dunia.

Buat masa ini, penawaran pengiklanan ini terhad kepada pengguna YouTube di kaca televisyen sahaja.

Advertisement

Sekiranya pengguna tidak meminati paparan pengiklanan, YouTube menyediakan alternatif untuk melanggan YouTube Premium, dan menggunakan perkhidmatan video berkenaan tanpa sebarang iklan.

Must Watch Video

Advertisement