Skip to main content

Teknologi

YouTube perkenal Stations, siaran kandungan 24 jam tanpa henti

YouTube Station Diperkenalkan Untuk Penstriman Saluran 24 Jam -- AMANZ
Menerusi fungsi terbaharu itu, pengguna boleh menikmati pelbagai kandungan digital kegemaran mereka menerusi pengalaman tontonan santai (lean-back viewing), sama seperti menonton saluran televisyen konvensional tanpa perlu memilih video secara manual satu demi satu. -Foto Amanz
Advertisement

LOS ANGELES: Platform perkongsian video global, YouTube, secara rasmi memperkenalkan ciri baharu dikenali sebagai Stations, yang membolehkan pemilik saluran menyiarkan koleksi kandungan mereka secara berterusan 24 jam sehari, lapor Amanz.

Menerusi fungsi terbaharu itu, pengguna boleh menikmati pelbagai kandungan digital kegemaran mereka menerusi pengalaman tontonan santai (lean-back viewing), sama seperti menonton saluran televisyen konvensional tanpa perlu memilih video secara manual satu demi satu.

Kemudahan penyiaran linear itu sebelum ini diuji secara terhad selama beberapa bulan, termasuk menerusi penambahbaikan algoritma pada beberapa saluran video muzik artis terkenal serta rangkaian kandungan televisyen digital terpilih.

Pelaksanaan ciri Stations membolehkan artis memainkan video muzik mereka secara berterusan, sekali gus mengimbau semula era kegemilangan saluran muzik seperti MTV. 

Bagi penerbit rancangan bersiri pula, episod boleh disusun dan ditonton secara berturutan dalam satu siaran berterusan.

Setakat ini, ciri Stations telah mula ditawarkan kepada pengguna di seluruh dunia, kecuali di Portugal, Switzerland dan Turkiye.

Bagi pemilik saluran, akses untuk menggunakan kemudahan penstriman berterusan itu akan diberikan oleh YouTube secara berperingkat dalam beberapa bulan akan datang sebagai sebahagian daripada fasa percubaan platform tersebut.

Must Watch Video

Advertisement