Skip to main content

Berita

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia - Fahmi

PUTRAJAYA, 22 April -- Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil bercakap pada sidang media mingguan Kabinet di Menara Komunikasi hari ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Jelas Fahmi, ia sebahagian daripada urusan komersial melibatkan syarikat British Petroleum (BP), yang mengendalikan kemudahan penyimpanan di perairan Malaysia. - Foto Bernama

PUTRAJAYA: Penghantaran 200 juta liter diesel yang dilaporkan menuju ke Australia bukan berasal dari Malaysia.

Menurut Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, penghantaran bahan api itu adalah sebahagian daripada urusan komersial melibatkan syarikat British Petroleum (BP), yang mengendalikan kemudahan penyimpanan di perairan Malaysia.

Advertisement

Beliau berkata, semakan bersama Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) serta beberapa pihak berkaitan mengesahkan diesel berkenaan bukan dari Malaysia.

“Saya ada membaca laporan daripada sebuah agensi berita dari Australia yang dimaksudkan 200 juta liter diesel itu melibatkan sejumlah negara termasuk Brunei dan Malaysia.

“Australia mempunyai kontrak perdagangan dengan BP yang memiliki gudang di perairan Malaysia.

“Walaupun kapal yang membawa diesel itu akan berlepas dari Malaysia, bahan api tersebut bukanlah diesel Malaysia,” katanya dalam sidang media pada Rabu.

Terdahulu, agensi berita Australia melaporkan tambahan 200 juta liter diesel sedang dalam perjalanan ke Australia dengan bekalan itu diperoleh melalui skim pembiayaan eksport kerajaan Persekutuan.

Must Watch Video