Skip to main content

Malaysia

ARMADA desak Media Mulia kaji semula penamatan hampir 100 pengamal media

Media Mulia akan melaksanakan penilaian terhadap model perniagaan susulan perubahan landskap dalam industri media. - Gambar fail
Media Mulia akan melaksanakan penilaian terhadap model perniagaan susulan perubahan landskap dalam industri media. - Gambar fail
Advertisement

KUALA LUMPUR: ARMADA Bersatu Malaysia (ARMADA) mendesak pihak pengurusan Media Mulia Sdn Bhd mengkaji semula rancangan penamatan perkhidmatan hampir 100 pengamal media dan kakitangan sokongan syarikat itu menjelang Aidilfitri.

Ketua Penerangan ARMADA Bersatu Malaysia, Harris Idaham Rashid, berkata sebarang langkah pengecilan tenaga kerja perlu dinilai semula dengan mengambil kira kebajikan pekerja, khususnya dalam keadaan industri media yang berdepan pelbagai cabaran.

Beliau berkata, pelaksanaan Program Cuti Berbayar (Garden Leave) selama tiga bulan bermula 11 November ini dikhuatiri membawa kepada pemberhentian tetap menjelang sambutan Aidilfitri.

Advertisement

"Pihak pengurusan Media Mulia, termasuk pemegang saham Aurora Mulia Sdn Bhd dan Opulence Global Asia Sdn Bhd, perlu mempertimbangkan formula alternatif bagi menangani cabaran perniagaan tanpa menjejaskan mata pencarian kakitangan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu. 

Dalam pada itu, Harris Idaham menyambut baik inisiatif Kementerian Komunikasi melancarkan Dana Inovasi Media berjumlah RM30 juta yang dijadual bermula awal Januari depan.

Advertisement

Katanya, dana berkenaan dilihat sebagai langkah membantu syarikat media tempatan mempercepat transformasi digital dan menyokong kelangsungan kerjaya pengamal media.

"Kita menggesa satu ruang rundingan secara telus dibuka segera antara pihak pengurusan tertinggi Media Mulia dengan wakil pekerja bagi mencari penyelesaian terbaik," ujarnya. 

Rundingan itu, katanya, perlu memastikan sebarang pelan mitigasi korporat dilaksanakan secara adil, telus dan mematuhi undang-undang buruh, selain mengambil kira kebajikan serta masa depan pekerja.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah desakan utama ARMADA Bersatu Malaysia terhadap pengurusan Media Mulia Sdn Bhd? 
    A: ARMADA Bersatu Malaysia mendesak pihak pengurusan Media Mulia Sdn Bhd mengkaji semula rancangan penamatan perkhidmatan hampir 100 pengamal media dan kakitangan sokongan syarikat itu menjelang Aidilfitri.
  • Q: Apakah kebimbangan ARMADA mengenai pelaksanaan Program Cuti Berbayar (Garden Leave)? 
    A: ARMADA bimbang pelaksanaan Program Cuti Berbayar selama tiga bulan bermula 11 November boleh membawa kepada pemberhentian tetap menjelang Aidilfitri.
  • Q: Apakah saranan ARMADA kepada pengurusan Media Mulia dan pemegang sahamnya? 
    A: ARMADA menyarankan pengurusan Media Mulia dan pemegang sahamnya mempertimbangkan formula alternatif untuk menangani cabaran perniagaan tanpa menjejaskan mata pencarian kakitangan.
  • Q: Bagaimana ARMADA melihat pelancaran Dana Inovasi Media oleh Kementerian Komunikasi? 
    A: ARMADA menyambut baik Dana Inovasi Media RM30 juta sebagai langkah membantu syarikat media tempatan mempercepat transformasi digital dan menyokong kelangsungan kerjaya pengamal media.
  • Q: Apakah cadangan ARMADA berkaitan proses rundingan antara pengurusan dan pekerja Media Mulia? 
    A: ARMADA menggesa rundingan telus segera antara pengurusan tertinggi Media Mulia dan wakil pekerja bagi memastikan pelan mitigasi korporat dilaksanakan secara adil, telus, mematuhi undang-undang buruh, serta mengambil kira kebajikan dan masa depan pekerja.

Must Watch Video

Advertisement