CEUTA: Gempa bumi berukuran 5.0 magnitud menggegarkan selatan Sepanyol awal pagi Sabtu, menyebabkan beberapa rumah dan kenderaan rosak.
Namun, setakat ini tiada kecederaan mahupun kematian dilaporkan susulan kejadian itu.
Gempa berkenaan melanda kawasan metropolitan Alhendín, berhampiran bandar Granada, kira-kira pukul 1 pagi waktu tempatan.
Perkhidmatan kecemasan Andalusia turut menyelamatkan beberapa individu yang terperangkap dalam bangunan yang mengalami kerosakan akibat gegaran itu.
Rakaman selepas kejadian menunjukkan serpihan bertaburan di jalan raya, selain beberapa kenderaan mengalami kerosakan.
Naib Presiden Kerajaan Wilayah Andalusia, Antonio Sanz Cabello, berkata pihak berkuasa sudah mengisytiharkan keadaan kecemasan susulan kejadian itu.