awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

11 juta hidangan berbuka puasa disediakan di Masjidil Haram, Masjid Nabawi sepanjang 15 Ramadan

Agensi
Agensi
18/03/2025
00:45 MYT
11 juta hidangan berbuka puasa disediakan di Masjidil Haram, Masjid Nabawi sepanjang 15 Ramadan
Pihak berkuasa Arab Saudi telah menyediakan hampir 11 juta hidangan iftar kepada jemaah umrah dan para jemaah lain di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah sepanjang separuh pertama bulan Ramadan. - Gambar fail
MAKKAH: Pihak berkuasa Arab Saudi telah menyediakan hampir 11 juta hidangan iftar kepada jemaah umrah dan para jemaah lain di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah sepanjang separuh pertama bulan Ramadan.
Pihak Berkuasa Am bagi Urusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada Isnin, hari ke-17 Ramadan, mengumumkan, sebanyak 10,822,999 hidangan iftar dan 10,290,000 paket kurma telah diedarkan setakat ini sepanjang bulan suci ini, di mana umat Islam beribadah dan berpuasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
Menurut laporan Saudi Press Agency (SPA), jumlah hidangan iftar yang disediakan kepada jemaah umrah dan pengunjung masjid pada tahun ini meningkat berikutan pertambahan bilangan jemaah.
Hidangan tersebut diedarkan di kawasan iftar yang ditetapkan di dalam masjid dengan mematuhi standard kesihatan yang ketat bagi memastikan keselamatan para jemaah.
Menjelang Ramadan, pihak berkuasa turut memperkenalkan perkhidmatan dalam talian yang membolehkan individu, organisasi kebajikan, dan wakaf mengemukakan permohonan untuk menyumbangkan hidangan iftar di Masjidil Haram, menurut SPA.
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#hidangan berbuka puasa
#masjidilharam
#Masjid Nabawi
#CeritaRamadan2025
#Ramadan2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan