awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Filipina perketat peraturan penggunaan bukti media sosial
Proses pengundian pilihan raya umum di Republik Afrika Tengah bermula
Kira-kira 830 migran, pelarian tiba di Pulau Crete, ramai larikan diri dari Libya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga kerja Alam Flora bantu cari adik William

Bernama
Bernama
23/01/2013
10:42 MYT
Warga kerja Alam Flora bantu cari adik William
Lebih 3,500 warga kerja Alam Flora Kuala Lumpur dan Putrajaya akan membantu misi mencari William Yau Zhen Zhong, kanak-kanak yang hilang sejak Rabu lepas.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Zain Hassan berkata pihaknya telah mencetak poster dan mengedar ke setiap pejabat negeri dan cawangan Alam Flora di kawasan konsesinya.
"Selain daripada mengedarkan risalah gambar adik William Yau ini kepada pekerja kami, pihak Alam Flora juga turut mengedarkan risalah itu kepada orang ramai ketika pekerja kami menjalankan kerja kutipan di kawasan kediaman yang ada," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Zain berkata pekerja pembersihannya telah diminta menjadi 'mata dan telinga' dalam misi itu.
"Arahan telah diberi untuk mereka menghubungi pihak berkuasa dengan segera sekiranya terjumpa adik Yau ataupun mendapat sebarang maklumat yang dapat membantu," katanya.
Menurut beliau, selain tumpuan kepada ibu kota, pihaknya juga mengerahkan warga kerjanya yang berada di Putrajaya dan Pahang.
Kanak-kanak berusia enam tahun itu dilapor dilihat kali terakhir di Jalan Putra Mahkota 7/6c, Putra Heights, Subang Jaya.
Topic Berkaitan
#Alam Flora
#kanak-kanak hilang
#William Yau Zhen Zhong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan