awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10,000 sertai Community Safety Run PDRM

Astro Awani
Astro Awani
08/07/2024
03:40 MYT
10,000 sertai Community Safety Run PDRM
Seramai 10,000 orang termasuk warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyertai Program Larian Hari Polis 'Community Safety Run' 2024 yang berlangsung di Dataran Putrajaya, pada Sabtu. - Foto PDRM
PUTRAJAYA: Seramai 10,000 orang termasuk warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyertai Program Larian Hari Polis 'Community Safety Run' 2024 yang berlangsung di Dataran Putrajaya, pada Sabtu.
Program larian berskala besar itu bersempena sambutan Hari Polis ke-217 bagi menjalinkan kerjasama strategik PDRM bersama pelbagai pihak dan masyarakat dalam usaha mengekalkan keharmonian serta keamanan negara, seiring dengan tema "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada".
Peserta memulakan larian sejauh tujuh kilometer (km) tepat jam 7.30 pagi dengan acara pelepasan disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang diiringi Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bersama Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti PDRM (JPJKK), Datuk Wan Hassan Wan Ahmad selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur.
Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Pengerusi Perbadanan Putrajaya, Datuk Fadlun Mak Ujud; Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad dan Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran, Astro Malaysia Holdings Berhad, Tam Kam Leong.
Antara pengisian program tersebut termasuk 'Solat Subuh Berjemaah Macam Jumaat dan Tazkirah Subuh, persembahan Pasukan Senoi Praaq, Pancaragam PDRM, demonstrasi 25 anggota Unit Tindakhas (UTK) menangani ancaman pelbagai dan cabutan bertuah.
Kemuncak program menyaksikan gimik perasmian menyalakan api Obor Cakna Pencegahan Jenayah yang disempurnakan Saifuddin diiringi Razarudin di hadapan bangunan Istana Kehakiman, selain tayangan montaj Larian Obor yang telah dibawa ke seluruh kontinjen di Semenanjung Malaysia.
Saifuddin dalam ucapannya menzahirkan ucapan tahniah kepada PDRM kerana berjaya menerajui program bersama masyarakat sekali gus mengeratkan serta memperkukuhkan lagi hubungan polis dengan masyarakat dalam pencegahan jenayah.
"Masyarakat juga adalah sebagai penghubung atau bantu menyebar luaskan program serta aktiviti PDRM terutamanya dalam cakna pencegahan jenayah untuk keharmonian masyarakat serta keamanan negara," katanya.
Pengunjung turut disajikan dengan deruan enjin Konvoi Cakna Pencegahan Jenayah melintasi pentas utama yang melibatkan 20 motosikal klasik dan 20 buah kereta klasik serta 40 buah kereta sport dari Kelab SuperCarGang.
Antara tarikan lain termasuk 46 ruang pameran yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta, 20 buah "food truck" serta pembukaan kaunter pembayaran saman trafik oleh Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM yang menawarkan pengurangan saman trafik terpilih sebanyak 50 peratus yang menjadi tumpuan utama para pengunjung.
Program melabuhkan tirainya selepas pengumuman hadiah utama cabutan bertuah berupa sebuah kereta Perodua Ativa yang dimenangi oleh pemilik nombor bib A03744, Mohd Shazwan dari Seri Kembangan.
PDRM turut menzahirkan penghargaan kepada para penaja termasuk Perodua, Fly AirAsia, Batik Air Malaysia, Malindo Airways dan Astro Malaysia Holdings Berhad dalam menjayakan program tersebut.
Topic Berkaitan
#PDRM
#Astro
#Razarudin Husain
#Hannah Yeoh
#Saifuddin Nasution
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan