SUDAH lebih sedekad sejak vaksin pneumokokal (PCV) diperkenalkan menerusi Program Imunisasi Kebangsaan (NIP).
Bagaimanapun, masih belum ada hasil daripada pengenalan ini terutamanya di negara ini.
Namun, perjuangan oleh pengamal perubatan di negara ini yang giat memperjuangkan hak mendapatkan rawatan kesihatan untuk semua dengan pemberian vaksin ini hampir dilaksanakan.
Ini selepas kerajaan Pakatan Harapan berjanji akan memberikan peruntukan tambahan untuk tujuan itu dan ia akan dibentangkan pada Bajet 2019 tidak lama lagi.
Pengambilan vaksin bertujuan mengelak jangkitan penyakit bahaya antaranya pneumonia (jangkitan paru-paru), jangkitan darah (sapticaemia) serta kegagalan fungsi otak atau meningitis.
Semua jangkitan ini jika lambat dirawat boleh membawa maut atau kecacatan kekal.
Iktibar pengambilan PCV
Memetik laporan oleh portal Twenty Two 13, seorang ibu, Erina Asmawani Abu Bakar kehilangan anaknya akibat tidak mendapat vaksin pneumokokal.
Walaupun sudah lima tahun berlalu, dia tidak berputus asa terutamanya untuk memberikan kesedaran kepada umum tentang pentingnya vaksin ini.
Erina kehilangan anaknya Aqil Hamzah sewaktu dia berusia satu tahun tiga bulan.
Malah, dia mahu kisah dukanya untuk diambil iktibar oleh umum dan mahu kerajaan kotakan janji mereka untuk mewajibkan pengambilan vaksin ini seawal bayi berumur enam minggu.
“Harapan adalah apa yang kita ada. Kerajaan Pakatan Harapan sudah berjanji untuk memastikan pengambilan vaksin ini dikuatkuasakan.
“Ini bermakna mereka dengar perjuangan kami. Bukan seperti kerajaan terdahulu yang hanya berkata tidak mempunyai peruntukan yang cukup untuk pengambilan vaksin ini,” katanya.
Pneumokokal adalah penyakit biasa akibat morbiditi dan mortaliti di seluruh dunia?
Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pneumokokal adalah sebab jangkitan penyakit dan kematian di seluruh dunia.
Kadarnya lebih tinggi di negara-negara membangun dengan kadar kematian direkodkan di Sub-Sahara Afrika dan Asia.
Lebih sejuta kanak-kanak meninggal dunia akibat pneumokokal setiap tahun.
Menurut kajian Jabatan Statistik Malaysia, pada tahun 2017, kematian akibat penyakit jantung Ischaemic dicatatkan 13.9 peratus diikuti dengan pneumonia (12.7 peratus).
Manakala kematian akibat pneumonia di kawasan pedalaman dicatatkan pada kadar 13.4 peratus.
WHO pada masa sama sebelum ini mencadangkan agar pemberian vaksin ini dilaksanakan di seluruh dunia.
Masih tiada kesedaran tentang PCV?
Menceritakan lebih lanjut, Erina menyedari bahawa kesedaran terhadap vaksin ini masih rendah terutamanya di kawasan pedalaman.
“Kami menetap di Lembah Beringin dan membawa dua anak perempuan kami untuk mendapatkan suntikan vaksin di sebuah Klinik Desa.
“Bagaimanapun, jururawat di klinik berkenaan tidak mengetahui apakah itu vaksin pneumokokal atau PCV.
“Mereka hanya memberikan suntikan vaksin berdasarkan apa yang tertulis pada kad vaksin pada setiap pesakit.
“Tetapi berdasarkan pengalaman yang dikongsikan oleh abang saya yang menghantar anak-anaknya untuk menerima rawatan di klinik swasta, anak-anak mereka diberikan suntikan PCV dan beberapa suntikan lain yang dikatakan penting untuk imunisasi kanak-kanak,” ceritanya.
Maka, timbul persoalan adakah setiap pasangan ibu bapa di negara ini perlu menghantar anak-anak mereka ke klinik swasta demi untuk memastikan anak-anak mereka mendapat rawatan yang sepatutnya?
“Oleh sebab itu, kempen kesedaran dan ilmu yang diwartakan mengenai suntikan ini penting untuk pasangan di luar sana membuat keputusan terbaik buat anak-anak mereka terutamanya dalam mendapatkan kebaikan dari suntikan PCV,” tegasnya.
Apakah cabaran laksanakan PCV?
Menurut WHO, vaksin pneumokokal ini telah diperkenalkan di lebih 145 negara pada tahun 2018. Bagaimanapun, isu jumlah wang yang tinggi adalah sebab utama mengapa PCV tidak disenaraikan dalam NIP.
Seperti sedia maklum kebaikan dari PCV bukan hanya dapat mengurangkan kadar kematian, malah ia dapat meningkatkan produktiviti dan meningkatkan ekonomi negara.
Untuk mencapai pada tahap itu, pastinya polisi oleh kerajaan memainkan peranan penting.
Untuk rekod, penggubal polisi dalam Kementerian Kesihatan mengalami kesukaran untuk mencari alternatif bagi mencari dana untuk laksanakan vaksin ini.
Ini kerana dana sedia ada tidak mencukupi untuk laksanakan penguatkuasaan vaksin ini.
Kesukaran ini bukan hanya diperjuangkan oleh kerajaan, malah syarikat farmasi persendirian juga berusaha untuk memastikan PCV disenaraikan dalam NIP.
Pakatan Harapan bakal kotakan janji?
Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad mengumumkan kementeriannya sedang mempertimbangkan penguatkuasaan suntikan vaksin bagi mengawal penyakit yang boleh dicegah berikutan peningkatan jumlah kanak-kanak tidak menerima pelalian.
Dr Dzulkefly dilaporkan berkata kira-kira RM180 juta diperlukan untuk membiayai suntikan vaksin pneumokokal kepada 500,000 kanak-kanak setahun dengan jaminan peruntukan bagi tujuan terbabit akan dikemukakan dalam Bajet 2019.
Pastinya, besar harapan Erina untuk menyaksikan pelaksanaan penguatkuasaan vaksin ini.
“Kami memahami penguatkuasaan ini memerlukan jumlah dana yang tinggi, bagaimanapun kerajaan boleh mempertimbangkan untuk menyasarkan golongan B40 sebagai penerima utama vaksin ini.
“Mungkin dengan cara ini, umum bersedia untuk menerima vaksin ini walaupun menerusi klinik dan hospital swasta.
“Apa-apa pun saya tidak akan berputus asa untuk memastikan setiap umum di negara ini, menyedari bahawa vaksin PCV ini adalah sangat penting buat anak-anak mereka,” jelasnya.
Kenyataan Media
Thu Sep 19 2019
Perjuangan demi hak mendapatkan rawatan kesihatan untuk semua dengan pemberian vaksin hampir dilaksanakan. -Gambar hiasan
Mirzan, Mokhzani diberi lanjutan 30 hari oleh SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh lanjutan 30 hari bagi kedua-dua anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan aset masing-masing kepada pihaknya. Ini bermakna kedua-dua Tan Sri Mokhzani dan Mirzan perlu mengemukakan maklumat berkenaan aset yang dikumpul selama 43 tahun sejak tahun bapa mereka menjawat jawatan Perdana Menteri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Adakah kerajaan akan kotakan janji mewajibkan suntikan vaksin pneumokokal?
Perjuangan oleh pengamal perubatan di negara ini yang giat memperjuangkan hak mendapatkan rawatan kesihatan untuk semua dengan pemberian vaksin ini hampir dilaksanakan.