Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) memberikan beberapa petua sebagai panduan keluarga di Malaysia supaya lebih berjimat dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Dalam satu kenyataan pada Isnin, AKPK berkata antara petuanya ialah membuat senarai semak, menjadi pembeli pintar, peruntukkan belanja bulanan semasa dan membayar bil sebelum musim perayaan tiba.
"Bagaimanapun, sebelum itu mereka perlu menyediakan belanjawan sendiri dan menambah perbelanjaan luar jangka yang muncul dalam musim perayaan," katanya.
Senarai semak AKPK akan membantu sesebuah keluarga untuk menumpukan kepada sesuatu yang mereka 'perlukan' tidak kepada sesuatu yang mereka 'inginkan' kerana mudah untuk berbelanja dengan promosi beli-belah yang ditawarkan.
Namun, adalah digalakkan mereka menggunakan tunai berbanding kad kredit untuk mengelakkan daripada beban kewangan selepas musim perayaan.
"Keluarga perlu menjadi pembeli yang bijak yang mana mereka perlu membuat perbandingan harga untuk mengelakkan mereka membayar lebih daripada sepatutnya. Mereka boleh menggunakan internet untuk membandingkan harga antara kedai-kedai bagi mengelakkan belanja berlebihan," katanya.
AKPK berkata: "Kami menggesa rakyat Malaysia supaya berhemat agar mereka boleh mengekalkan perbelanjaan dalam hadnya dan masih mempunyai wang untuk belanja seharian selepas musim perayaan berakhir."
Ia berkata isi rumah juga perlu memastikan kesemua komitmen bulanan mereka telah dibayar dan tidak dicampur dengan dana untuk perbelanjaan persiapan hari raya.
"Musim perayaan tidak terkecuali daripada keperluan menabung dan disyorkan mereka mengetepikan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada gaji bulanan," katanya.
Bernama
Mon Jul 13 2015
Antara petuanya ialah membuat senarai semak, menjadi pembeli pintar, peruntukkan belanja bulanan semasa dan membayar bil sebelum musim perayaan tiba. - Gambar Hiasan
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
AKPK lapor 53,000 individu bawah 30 tanggung hutang terkumpul RM1.9 bilion
Seramai 53,000 individu berumur bawah 30 tahun didapati dibebani hutang terkumpul berjumlah RM1.9 bilion.
AI mampu sediakan pendidikan sesuai keperluan individu - Mahasiswa
Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) mampu menyediakan pendidikan yang disesuaikan dengan keperluan individu.
Sedia dasar yang jelas, hala tuju ekonomi dan kekal persekitaran mesra perniagaan - IECM
Katanya, kestabilan politik pembolehubah yang sangat penting dalam membina laluan yang koheren dan berterusan bagi pembangunan mampan.
Data peribadi kira-kira 20 pelanggan didedahkan di laman web gelap - AKPK
AKPK turut menjangkakan penjenayah tersebut akan mendedahkan lebih banyak maklumat termasuk nama serta nombor MyKad terbabit.
Program literasi kewangan AKPK perlu mesra pengguna internet - BowerGroupAsia
Strategi tersebut mampu mendekati lebih ramai anak muda yang merupakan golongan majoriti diisytiharkan bankrap di Malaysia.
Beberapa sistem operasi AKPK dinyahaktif buat sementara waktu bagi cegah risiko selanjutnya
Baru-baru ini, pelayan AKPK yang mengandungi data pelanggan mungkin telah diakses secara haram.
CGC jalin kerjasama dengan AKPK tingkatkan literasi kewangan PMKS
Kerjasama itu membolehkan CGC merujuk pelanggan PMKS ke kursus e-pembelajaran, bengkel dan webinar AKPK mengenai topik yang berkaitan dengan literasi kewangan dan pengurusan kewangan.
Urus: Peminjam lain tidak boleh ambil kesempatan, bank dijangka berdepan impak minimum
Urus : Peminjam lain tidak boleh ambil kesempatan, bank dijangka berdepan impak minimum | Dagang News
PERMAI: Moratorium, pengurangan bayaran balik diteruskan sepanjang PKP
Bantuan moratorium dan pengurangan bayaran balik pinjaman akan terus disediakan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
BNM, industri perbankan tambah baik pelaksanaan bantuan bayaran balik pinjaman bersasar
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata pihaknya telah bekerjasama dengan industri perbankan untuk menambah baik pelaksanaan bantuan bayaran balik pinjaman bersasar.