Ahli dan pelanggan gimnasium dinasihatkan memilih waktu yang sesuai untuk beriadah di pusat kercergasan itu bagi mengelakkan kesesakan ruang pada satu-satu masa.
Selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, pengusaha gimnasium juga perlu memainkan peranan sewajarnya dalam memastikan kebersihan fasiliti dan keselamatan ahli dan pelanggan mereka, ujar pakar kecergasan, Kevin Zahri.
“Saya sendiri akan lebih was-was sejauh mana SOP itu dikuatkuasakan.
"Saya harap ia agak ketat dengan kawalan suhu, hand sanitizer dan aspek - aspek kesihatan lain untuk menjaga keselamatan dan kesihatan pengunjung.
"Saya sendiri akan elakkan waktu puncak, mungkin lepas waktu pejabat, jadi bagi mereka yang ada masa sesuai kunjungi gim pada waktu offpeak, tetapi mereka yang agak kurang senang dengan permulaan ini, look and feel at set dulu sebelum teruskan aktiviti," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Dalam pada itu, Kevin juga memaklumkan banyak pusat kecergasan yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Selepas tiga bulan tidak beroperasi, SOP baru yang dikenakan kini mungkin menambahkan beban buat pengusaha yang sedang bergelut untuk meneruskan kelangsungan pusat kecergasan mereka.
“Kebanyakan gim seluruh Malaysia adalah milik sendiri dan sangat tertekan dengan PKP, PKPB sepanjang tiga bulan ini... malah ada yang tutup terus gim mereka.
"Saya secara peribadi, walaupun SOP diberikan sangat jelas, tetapi persoalannya sejauh mana ia dilaksanakan di gim masing-masing.
"Saya meramalkan gim di kawasan bandar yang stabil dari segi kewangan mungkin akan jalankan SOP itu dengan ketat, tetapi di luar bandar, dengan beban kewanagan sedia ada, ia akan jadi beban tambahan buat mereka. Ini bukan mudah, samada buat gim yang eksklusif mahupun yang lebih kecil,” tambahnya lagi.
Bermula 15 Jun ini, pusat kecergasan dan gimnasium dibenarkan beroperasi semula dibawah perintah kawalan pergerakan pemulihan PKPP namun perlu mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan.
Bagaimanapun aktiviti bertinju masih belum dibenarkan.
Khairunnisa Kasnoon
Mon Jun 15 2020
Menurut Kevin, sekiranya masih kurang yakin dengan keadaan sekeliling di pusat kecergasan tersebut, ambil masa, lihat dan pantau keadaan sebelum meneruskan aktiviti. - Gambar fail/Instagram
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Mayat lelaki Singapura dikhuatiri lemas ditemui
Mayat lelaki berusia 49 tahun ditemui orang awam kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian.
Kelonggaran SOP, ini tip bawa anak keluar rumah dengan selamat
Ikuti perkongsian Dr Husna Musa tentang aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga ketika bawa anak keluar.
Jangan sembarangan membeli, ini panduan sebelum beli basikal idaman anda!
Perlu kita ingat bahawa untuk berbasikal itu, ada banyak perincian yang perlu kita lakukan selain mengikut kemampuan perbelanjaan.
Aktiviti gim bermula: Pilih waktu sesuai, elak kesesakan - Pakar kecergasan
Pengusaha gimnasium juga perlu memainkan peranan sewajarnya dalam memastikan kebersihan fasiliti dan keselamatan ahli dan pelanggan mereka.
Anwar luang masa beriadah dalam kesibukan berkempen
Di sebalik kepadatan aktiviti kempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap 'mencuri' masa untuk beriadah.
Putera William puji Sweden, kanak-kanak negara itu banyak beriadah walaupun musim sejuk
Putera Diraja Britain Putera William memuji langkah Sweden memanfaatkan banyak aktiviti luar kepada kanak kanak.