KUALA LUMPUR : Situasi COVID-19 yang menuntut orang ramai untuk terus kekal berada di rumah ada kalanya memberikan tekanan terhadap mental.
Ini termasuk keadaan ibu bapa yang bimbang terutamanya melibatkan aktiviti anak-anak mereka yang mungkin terbatas sewaktu di rumah.
Inisiatif Taman Buaya dan Rekreasi Melaka mungkin sedikit sebanyak dapat membantu untuk mengisi masa lapang keluarga apabila mereka menampilkan konsep lawatan secara maya.
Menurut Pengurus Besar Taman Buaya Dan Rekreasi Melaka, Ahmad Syarifuddin Mohamad, pengenalan kepada konsep berkenaan mendapat sambutan yang menggalakkan apabila pertama kali bersiaran secara langsung menerusi Facebook.
“Kita fikirkan bila aktiviti pelancongan sukar ketika PKP maka kita tampil dengan idea baharu di mana orang ramai masih boleh 'melancong' walaupun berada di rumah.
“Kita terima sambutan yang sangat positif dalam kalangan peserta selain ini merupakan satu usaha untuk membantu meneruskan operasi dan sedikit sebanyak dapat menampun kos untuk memelihara hidupan liar.
“Walaupun sektor pelancongan tidak dibenarkan tetapi kos operasi tetap berjalan seperti biasa dan kita harapkan sokongan orang ramai menerusi konsep ini,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Kadar bayaran yang dikenakan hanya serendah RM7 bagi setiap individu sebelum pautan secara langsung diberikan kepada pengunjung.
Bagaimanapun, pengunjung yang ingin turut serta perlu terlebih dahulu membuat tempahan menerusi laman Facebook bagi menetapkan sesi lawatan sama ada pagi mahupun petang.
'Lawatan' yang berlangsung selama 1 jam 30 minit itu bukan hanya tertumpu kepada spesis buaya malah terdapat pelbagai spesis haiwan lain yang akan diperkenalkan menerusi lawatan maya.
Justeru, sokongan orang ramai amat diperlukan bagi memastikan kelangsungan kehidupan liar di taman rekreasi berkenaan meskipun dalam tempoh PKP.
Hilmi Malik
Fri Jun 25 2021
Ibu bapa sekeluarga boleh menyaksikan pelbagai keterangan spesies haiwan di Taman Buaya dan Rekreasi menerusi siaran secara maya di rumah.
Budak perempuan 7 tahun maut dua kenderaan bertembung
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Persiaran Indah Utama, Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor pada Sabtu.
Kerajaan dan Tabung Haji utamakan keselamatan jemaah haji
Mohd Na'im menjelaskan, kerajaan Arab Saudi juga berusaha memastikan urusan menunaikan rukan Islam kelima berjalan lancar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 April 2024.
10 Berita Pilihan - (20 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini
Tumpuan Ahad - 21 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lebih 300 tahanan asing dihantar pulang
Kerajaan Chile menghantar pulang 53 pendatang asing atas pelbagai kesalahan sebagai sebahagian daripada program pengusiran dengan penerbangan khas oleh Tentera Udara Chile.
Seorang tentera Iraq terkorban, lapan lagi cedera
Seorang tentera Iraq terkorban manakala 11 yang lain cedera selepas Pangkalan Tentera di tengah Baghdad menjadi sasaran bom pada Jumaat malam.
Tujuh lemas bot terbalik di Odisha, India
Tujuh mangsa bot terbalik di Sungai Mahanadi, Odisha ditemukan pasukan penyelamat pada hari kedua misi mencari dan menyelamat.
Lelaki bakar diri di luar mahkamah meninggal dunia
Seorang lelaki yang bertindak membakar dirinya di luar mahkamah New York, Amerika Syarikat (AS) di mana perbicaraan bekas Presiden AS, Donald Trump, sedang berlangsung dilaporkan meninggal dunia.
Ketegangan selesai jika iktiraf Palestin sebagai negara
Ketegangan antara Israel dan Iran, serta konflik lain di rantau itu tidak akan diselesaikan melainkan pengiktirafan palestin sebagai sebuah negara.
Sabah raih pelaburan RM11.34 bilion pada tahun lepas - Tun Juhar
Sabah menerima pelaburan berjumlah RM11.34 bilion pada tahun lepas, sekali gus menjadikannya negeri ketujuh meraih pelaburan tertinggi di negara ini.
Malaysia di landasan tepat raih pertumbuhan ekonomi - Stanchart
Eksport meningkat 3.9 peratus tahun ke tahun dalam tempoh dua bulan pertama 2024 - pulih daripada penguncupan 6.9 peratus dalam suku keempat 2023.
Pulau Pinang: Pelancongan kapal persiaran catat pertumbuhan lebih kukuh
Bilangan tempat berlabuh kapal antarabangsa dan jumlah penumpang terus menunjukkan trend peningkatan.
Festival Air Sedunia Maha Songkran bermula di Thailand
Festival itu bermula dengan paparan budaya dan warisan Thailand yang meriah dengan perarakan sejauh satu kilometer.
Pelawat di Thailand dikecualikan sementara serahan Borang TM.6 di pusat pemeriksaan imigresen
Keputusan itu bertujuan merangsang sektor pelancongan dan mengurangkan kesesakan di pusat pemeriksaan.
Melaka Explorace 2024 tumpu produk pelancongan negeri
Pertandingan mencari harta karun 'Melaka Explorace 2024' anjuran kerajaan negeri dan Bernama akan memberi tumpuan terhadap produk-produk pelancongan negeri.
Sabah rancang jadikan Pulau Gaya sebagai tarikan pelancong - Hajiji
Kerajaan negeri bercadang untuk mengindahkan Pulau Gaya dan menjadikannya sebagai salah satu destinasi pelancongan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
New Zealand rakan kongsi utama ASEAN - Presiden NZMBA
New Zealand muncul sebagai rakan kongsi utama dalam menggalakkan kerjasama yang lebih besar dengan ASEAN semasa Malaysia bersiap sedia untuk mengambil alih kepengerusian ASEAN pada 2025.
P. Pinang guna kelebihan diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk tarik pelancong
Satu laporan peruncit di UK, Post Office, meletakkan Pulau Pinang di tempat ke-11 dalam senarai destinasi pelancongan termurah di seluruh dunia.
Tourism Malaysia yakin sasaran lima juta pelancong dari China dapat dicapai
Ketua Pengarah Tourism Malaysia P Manoharan berkata tahun lepas Malaysia menerima sejumlah 1.47 juta pelancong dari China.