awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anda akan dibayar setiap kilometer jika berbasikal di Belanda

Agensi
Agensi
19/06/2018
04:08 MYT
Anda akan dibayar setiap kilometer jika berbasikal di Belanda
Budaya berbasikal sudah menjadi darah daging bagi masyarakat di Belanda dan memiliki puluhan ribu garisan khas untuk basikal bagi membezakan ruang jalan untuk kenderaan lain. - Gambar hiasan
ANDA mungkin jarang melihat orang ramai berbondong-bondong menaiki basikal untuk ke tempat kerja atau membeli barangan dapur di pasar kerana ia bukanlah budaya yang popular di Malaysia.
Namun, ia bukanlah hal yang ganjil di negara-negara seperti Jepun, Kanada, Perancis dan Danmark.
Baru-baru ini kerajaan Belanda telah mengorak satu langkah ke hadapan apabila mengumumkan sagu hati sebanyak AS$0.22 (RM0.87) setiap kilometer kepada mana-mana pekerja yang berbasikal untuk ke tempat kerja seperti yang dilaporkan thesundaily.com.
Cadangan itu disuarakan oleh Timbalan Menteri Infrastruktur Belanda, Tientje Van Veldhoven sebagai langkah bagi mengurangkan kesesakan jalan raya pada waktu puncak.
“Saya mahu mengajak orang ramai untuk keluar dari kereta dan berbasikal lebih jauh dari usia basikal mereka,” kata menteri itu dalam satu kenyataan akhbar pada Jumaat.
Budaya berbasikal sudah menjadi darah daging bagi masyarakat di Belanda dan memiliki puluhan ribu garisan khas untuk basikal bagi membezakan ruang jalan untuk kenderaan lain.
Bagi menggalakkan penduduknya untuk menggunakan basikal, kerajaan Belanda akan memperuntukkan 100 juta Euro untuk memperbanyakkan jumlah jalan dan tempat parkir khas untuk basikal.
Menurut CNN Indonesia, Perancis telah memulakan program yang sama dengan sokongan oleh 20 syarikat dan institusi.
Mereka membayar 25 sen Euro kepada mana-mana pekerja yang menaiki basikal untuk ke tempat kerja.
Topic Berkaitan
#aktiviti berbasikal
#basikal
#Belanda
#kesesakan lalu lintas
#Menteri Infrastruktur Belanda
#Tientje Van Veldhoven
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan