KUALA LUMPUR: Seramai 17,782 pelajar di bawah PTTI mencatatkan peningkatan keputusan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, sekali gus menandakan pencapaian terbaik sepanjang 11 tahun penubuhan organisasi itu.
Ketua Pegawai Eksekutif PTTI Group Sdn Bhd, Siti Farhana Abu Osman berkata pencapaian tersebut membuktikan keberkesanan pendekatan pembelajaran yang dilaksanakan dalam membantu pelajar menguasai subjek kritikal, khususnya sains tulen.
Advertisement
“Tahun ini merupakan tahun dengan jumlah pelajar paling ramai mencatatkan peningkatan dalam SPM, iaitu seramai 17,782 orang, di mana ramai antara mereka berjaya meningkatkan keputusan daripada gagal kepada A, malah ada yang mencapai keputusan semua A,” katanya.
Beliau berkata, usaha PTTI bukan sahaja tertumpu kepada pelajar, malah turut membantu ibu bapa yang berdepan kesukaran dalam membimbing anak-anak memahami subjek penting bagi mencapai keputusan cemerlang.
Tambahnya, pencapaian tahun ini menunjukkan peningkatan lebih daripada dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya, sekali gus memperkukuh kedudukan PTTI sebagai antara platform pendidikan yang memberi impak besar kepada pelajar.
Salah seorang pelajar dan ikon PTTI, Alyssa Dezek yang berjaya memperoleh keputusan semua A berkata sokongan guru, keluarga serta platform pembelajaran yang fleksibel memainkan peranan penting dalam kejayaannya.
“Sebelum ini saya banyak terlibat dengan aktiviti penggambaran sehingga ada masa terlepas sesi persekolahan, namun dengan bantuan PTTI, guru di sekolah serta sokongan keluarga, saya berjaya mencapai keputusan yang membanggakan dalam SPM,” jelasnya.
Beliau turut menyifatkan kaedah pembelajaran yang mudah difahami serta fleksibiliti pembelajaran secara dalam talian membantu pelajar mengurus masa dengan lebih baik.
“Jadi Alyssa nak ajak semua untuk cuba pusat tuisyen PTTI ini kerana cikgu-cikgu di sini memberi tunjuk ajar yang sangat-sangat membantu termasuk kaedah belajar yang senang difahami,” tambahnya.
Dalam pada itu, PTTI menegaskan kepentingan melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang sebagai asas kepada pembangunan negara, khususnya dalam melahirkan golongan profesional masa hadapan.
Seiring kejayaan tersebut, ibu bapa dan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM digalakkan mengambil peluang menyertai program bimbingan yang ditawarkan.
Pakar SPM PTTI, Sir Race berkata pihaknya komited menyediakan akses pembelajaran kepada semua pelajar melalui sesi percubaan dan seminar dalam talian secara percuma.
“Kami percaya sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat, justeru kami menjemput ibu bapa yang mempunyai anak bakal menduduki SPM untuk menyertai sesi percubaan PTTI secara percuma bagi membantu mereka membuat persediaan awal,” ujarnya.
Untuk rekod, seramai 400 pelajar PTTI mencatatkan keputusan semua A dalam SPM 2024, mencerminkan trend peningkatan prestasi yang konsisten dalam kalangan pelajar di bawah program tersebut.