ANDA tentu pernah melihat beberapa pertarungan seni bela diri campuran (MMA) di kejohanan-kejohanan seperti UFC, ONE Championship dan juga Bellator.
Dan baru-baru ini pula terdapat pertembungan antara Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor yang telah disaksikan jutaan penonton di seluruh dunia.
Justeru, tentu ada yang 'teringin' atau tertanya bagaimana hendak menjadi seorang petinju MMA?
Apakah skil yang diperlukan? Berapa banyak seni bela diri yang perlu dibelajar untuk 'mencampurkannya'?
Nah, berikut merupakan beberapa perkara yang mungkin berguna untuk anda yang ingin menjadi petinju MMA, atau pun sekadar ingin mempelajarinya.
1. Minat dan semangat
Pertama, anda perlu mempunyai minat dan semangat. Tanpa minat dan semangat, anda hanya akan pergi separuh jalan sahaja.
Saya meminati seni mempertahankan diri sejak umur saya lima tahun, dan mula belajar ketika umur saya 13 tahun.
Jadi, jika anda mahu menjadi petinju atau petarung MMA, minat adalah sangat penting.
MMA bukan hanya mengenai pertarungan semata-mata, ia juga seni serta semangat, disiplin, kerja keras, fokus dan kesabaran.
2. Latar belakang seni bela diri
Ramai di antara kita mungkin pernah belajar seni mempertahankan diri 'tradisional' seperti taekwondo, karate, wushu, silat, aikido dan sebagainya.
Walaupun mempunyai latar belakang dalam seni bela diri itu bagus, namun ia bukanlah satu keperluan.
Bagaimanapun, ia boleh memberikan anda kelebihan kerana anda sudah ada asas seperti tumbuk serta tendangan. Dan semestinya ia satu 'advantage' terutamanya jika anda mempunyai latar belakang dalam Muay Thai, tinju, gusti, judo atau jiu-jitsu.
Sungguhpun begitu, saya telah melihat beberapa petinju MMA yang hanya mempunyai 'tali pinggang kuning' tetapi boleh mengalahkan petinju bertali pinggang hitam karate, hanya kerana dia mempunyai kemahiran dan latihan yang mantap dalam teknik serangan dan kuncian.
[Untuk mengetahui sedikit sebanyak mengenai seni mempertahankan diri yang terdapat di Malaysia, tontoni 'Fight Zone'.] Klik di sini ----> Fight Zone
3. Gim MMA
Bahagian ini agak 'pening' sedikit kerana terdapat banyak gim yang bagus di luar sana. Kebanyakan gim MMA menawarkan latihan dalam pelbagai disiplin seperti tinju, Muay Thai, Brazilian jiujitsu, gusti, MMA, yoga, latihan litar, silat, dan lain-lain.
Nasihat saya, cuba cari gim yang paling dekat dengan rumah atau tempat kerja anda.
Antara gim MMA yang terkemuka di Malaysia ialah MuayFit (Petaling Jaya), Elitez MMA (Klang), Ultimate Malaysian Fighter (Shah Alam), Monarchy MMA, Klinch MMA (Kuala Lumpur), Ultimate MMA Academy (Johor Bahru), Borneo Tribal Squad (Sabah), Penang Top Team (Pulau Pinang), dan beberapa lagi gim lain.
Dan juga, cari gim di mana jurulatih-jurulatihnya sendiri merupakan petarung profesional. Jika anda seorang peminat sukan tempur, anda akan tahu siapa mereka.
4. Latihan secara konsisten
Ini bahagian yang paling sukar. Ramai yang ada minat, tetapi mudah menjadi bosan atau malas untuk berlatih.
Ada yang menyerah kalah dan kecewa apabila mereka tidak dapat mencapai tahap yang mereka mahu dalam tempoh masa yang singkat. Jangan begitu! Teruskan latihan sehingga skil itu menjadi sebati dengan anda.
Kenal pasti kekuatan anda dan kelemahan. Ada yang mahir dalam teknik serangan, ada yang pandai dalam teknik 'ground game', dan ada mahir kedua-duanya. Itu lebih bagus.
Walaupun apa pun, gunakanlah kelebihan yang anda ada. Lagipun, ini kan MMA - seni mempertahankan diri campuran - apa sahaja pun boleh asalkan mengikut peraturan gelanggang.
5. Masuk pertandingan
Okay, sekarang anda telah berlatih sekurang-kurangnya enam bulan (secara konsisten), dan sudah tiba masanya anda memasuki gelanggang.
Terdapat banyak pertandingan dan kejohanan MMA di negara ini seperti Malaysian Invasion Mixed Martial Art Fighting Championship (MIMMA), Ultimate Beatdown, F3, Warrior Fighting Championship, Northern Fighting Championship, Jesselton Fight League dan Malaysian Fight Fest (MYFF).
MIMMA adalah pertandingan amatur terbuka untuk rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, dan merupakan platform untuk menghasilkan petinju bertaraf antarabangsa dengan mempersiapkan mereka menghadapi cabaran yang lebih sengit.
Pertandingan ini diasaskan oleh Tune Talk sejak 2013, dan kini telah menjadi kejohanan MMA amatur terbesar di Asia, jika bukan dunia.
Ramai petarung profesional dilahirkan dari pertandingan ini yang kini bertarung di ONE Championship, seperti Agilan Thani, Keanu Subba, Muhammad Aiman dan Hisyam Samsudin.
Satu lagi kejohanan menarik ialah Ultimate Beatdown. Ia merupakan kejohanan perintis MMA di negara ini dan yang paling lama diadakan iaitu sejak tahun 2010 di Johor Bahru.
Ultimate Beatdown, yang diasaskan oleh 'otai' MMA Melvin Yeoh, telah melahirkan ramai petarung hebat dan berbakat.
Antaranya ialah Jihin Radzuan, yang juga merupakan pemenang kategori flyweight wanita MIMMA musim keempat.
Jadi, itulah lima perkara penting yang anda perlukan untuk menjadi seorang petinju MMA. (Amaran: Jangan masuk pertandingan selepas hanya beberapa minggu berlatih!)
Oh ya, akhir sekali, perbaikan imej anda sedikit kerana ramai petinju MMA ini mempunyai penampilan yang 'elok'.
* Haider Yutim merupakan seorang editor di Astro AWANI dan penggemar seni bela diri. Beliau juga adalah penerbit/hos rancangan 'Fight Zone'.
Haider Yutim
Sat Oct 13 2018
ONE Champion merupakan kejohanan professional MMA terbesar di Asia. - Foto ONE Championship
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
KO pusingan pertama, Jake Paul tumbangkan bekas petarung UFC Ben Askren
Jake Paul mengejutkan dunia sukan tempur apabila menewaskan bekas jaguh MMA, Ben Askren dalam perlawanan tinju, pada Ahad.
Menghiburkan! 'Sangkar' bukan sekadar filem aksi MMA
Secara keseluruhan 'Sangkar' merupakan filem yang harus ditonton, baik anda seorang penggemar MMA ataupun bukan.
Bellator 221: Michael 'Venom' Page akur dengan kekalahan pertamanya
Bintang sensasi MMA dari Britain, Michael 'Venom' Page akhirnya akur dengan kekalahan pertamanya pada Ahad.
MMA: Bekas juara UFC Eddie Alvarez mahu bertarung di KL
Bekas juara lightweight dunia UFC Eddie Alvarez mengakui dia tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur.
MMA: Bekas juara UFC Eddie Alvarez sertai ONE Championship
Bekas juara lightweight UFC, Eddie Alvarez diumumkan telah menyertai promosi seni bela diri campuran (MMA) terbesar Asia, ONE Championship.
Anda mahu jadi seorang 'MMA fighter'?
Anda tentu pernah melihat beberapa pertarungan seni bela diri campuran (MMA) di kejohanan-kejohanan seperti UFC, ONE Championship dan juga Bellator.