BARCELONA: Sempena Mobile World Congress Barcelona 2023 (MWC 2023), jenama Nokia antara yang menjadi bualan hangat bagi pengunjung yang hadir.
Mana tidaknya, jenama yang pernah menjadi gergasi telefon mudah alih satu masa dahulu kini muncul dengan reruai bersaiz mega beserta reka bentuk yang futuristik.
Kehadiran Nokia kali ini dilihat sebagai salah satu strategi penting untuk memberitahu kepada dunia bahawa Nokia sekarang tidak sama seperti dahulu.
Menerusi kenyataan media pada Ahad, Pekka Lundmark, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Nokia menjelaskan, Nokia kini sedang mengemaskini strategi perniagaan mereka untuk menjadi pemboleh utama (key enabler) kepada teknologi terbaharu.
"Nokia kini merupakan peneraju inovasi teknologi secara perniagaan kepada perniagaan (B2B) yang merintis masa depan di mana rangkaian (network) bertemu awan (cloud)," katanya.
Untuk rekod, ini merupakan perubahan logo yang pertama buat Nokia sejak ia diambil alih oleh HMD Global yang meneruskan penggunaan logo klasiknya yang dikenali di seluruh dunia.
Pada masa sama, pendekatan perkongsian dengan kumpulan penyelidikan terutamanya dalam inovasi rangkaian telah menyebabkan wadah inovasi Nokia kelihatan agak 'gila'.
Mana tidaknya, Nokia merancang untuk membangunkan rangkaian selular pertama di bulan dengan teknologi 4G menerusi inisiatif penyelidikan bersama Bell Labs.
"Siapa nak pakai telefon kat bulan? Orang pun tak ada kat sana!" kata salah seorang pengunjung yang mengunjungi reruai Nokia di WMC 2023.
Menurut Presiden Nokia Bell Labs, Thierry Klein, projek yang dimulakan pada 2020 itu sedia untuk dilancarkan pada 2023 dengan kerjasama Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).
Kerjasama ini akan membolehkan rangkaian LTE di bulan menunjukkan bagaimana teknologi selular canggih boleh digunakan untuk komunikasi kritikal dalam penerokaan planet masa hadapan.
Di sebalik 'kegilaan' ini, aspirasi yang ditunjukkan Nokia dalam strategi baharunya memungkinkan sebarang idea dapat dilaksanakan dan paling penting dapat dikomersialkan sewajarnya.
Maka tidaklah penyelidikan saintifik sekadar menjadi pelengkap kepada koleksi penerbitan kajian di institusi pendidikan tinggi semata-mata.
Hilal Azmi, Ibrahim Sani
Thu Mar 02 2023
Logo baharu Nokia mendapat respon pelbagai warganet. Akan tetapi bagi Nokia, inilah masa hadapan kepada strategi baharu yang kini dibangunkan. - Foto Nokia
Rompin rekod bacaan IPU tidak sihat
Indeks Pencemar Udara (IPU) yang direkodkan pada 11 pagi tadi menunjukkan satu stesen mencatatkan kualiti udara pada tahap tidak sihat iaitu di Stesen Rompin, Pahang disebabkan kebakaran setempat.
Satya Nadella kongsi visi Microsoft dalam pembangunan AI bersama Agenda AWANI
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berpeluang bertemu CEO Microsoft, Satya Nadella bagi memahami dengan lebih mendalam tentang agenda AI.
Kesan sampingan vaksin: KKM akan dapatkan penjelasan AstraZeneca
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan penjelasan daripada firma farmaseutikal AstraZeneca berhubung kesan sampingan vaksin COVID-19 seperti yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.
FIFA lulus penggunaan VAR di Liga Malaysia - FAM
Penggunaan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) bermula musim 2024/2025 sudah mendapat pengiktirafan dan kelulusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Niaga AWANI: AirAsia Cambodia mula penerbangan domestik pertama
AirAsia menghubungkan Kemboja dengan laluan antarabangsa dari hab Kuala Lumpur dan Bangkok dengan 63 penerbangan setiap minggu.
Niaga AWANI: Bukti Malaysia diiktiraf sebagai hab pilihan Asia Tenggara
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata ini menunjukkan keyakinan Microsoft terhadap Asia Tenggara dan kedudukan strategik Malaysia sebagai pintu masuk untuk pertumbuhan.
Niaga AWANI: Perkhidmatan Skypark Link akan diaktifkan kembali - Anthony Loke
Beliau menjelaskan terminal itu diharap dapat menarik lebih ramai penumpang ke lapangan terbang kerana ia merupakan antara kawasan paling sesak di Lembah Klang.
Niaga AWANI: Pengambilalihan Affin Bank, Sarawak tunggu lampu hijau BNM
Proses pengambil alihan majoriti pegangan saham dalam Affin Bank oleh Kerajaan Sarawak berada di peringkat akhir untuk dimuktamadkan.
Niaga AWANI: Trafik udara berkembang 16.1 peratus pada suku pertama 2024
Trafik penumpang udara domestik serta antarabangsa masing-masing menyumbang 47.5 peratus dan 52.5 peratus daripada jumlah trafik penumpang udara suku tahunan.
ADUN Sungai Bakap semakin stabil - Isteri
Keadaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap Nor Zamri Latiff yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini kini semakin stabil.
Antara penjenamaan semula dan 'kegilaan' baharu Nokia
Projek yang dimulakan pada 2020 itu sedia untuk dilancarkan pada 2023 dengan kerjasama NASA.