KUALA LUMPUR: Penggunaan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) bermula musim 2024/2025 sudah mendapat pengiktirafan dan kelulusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) secara rasmi pada Isnin lepas.
Perkembangan itu disahkan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk S Sivasundaram sambil menyifatkan ia merupakan satu kebanggaan kepada Malaysia kerana muncul antara 68 negara mendapat pengiktirafan dan kelulusan FIFA untuk menggunakan VAR.
Beliau berkata kelulusan itu diberikan selepas delegasi FIFA Bhaveshan Moorghan dan tenaga pengajar VAR FIFA Igor Rodajcic melakukan proses penilaian dan ujian terhadap tahap kemahiran pengadil dan keberkesanan teknologi VAR di Malaysia, bulan lepas.
"Bhaveshan melalui laporannya telah memuji tahap persiapan dan keberadaan tahap kemahiran yang ada pada pengadil-pengadil VAR di negara.
"Ini sekali gus membawa kepada kelulusan FIFA untuk penggunaan teknologi VAR dalam saingan Liga-M 2024/2025 yang akan bermula 10 Mei ini," katanya dalam kenyataan FAM hari ini.
Langkah pelaksanaan VAR di Malaysia telah dimulakan pada April tahun lepas dengan lawatan delegasi dari FIFA untuk memberi taklimat mengenai protokol VAR dan prosedur pelaksanaannya.
Seterusnya, FAM telah memulakan latihan pengadil VAR pada Jun 2023 hingga April lepas dengan melalui tiga fasa latihan sebelum FIFA akhirnya mentauliahkan 22 pengadil sebagai pengadil VAR, 20 penolong pengadil sebagai AVAR (Asisstant Video Assistant Referee) dan sembilan pengadil sebagai Replay Operator (RO).
Badan induk itu turut melatih 17 penolong pengadil untuk memahami protokol VAR dan akan dilantik sebagai penolong pengadil satu dan dua.
Sementara itu, Sivasundaram berkata sebagai langkah jangka panjang FAM akan meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran VAR selain membuat post-mortem perlawanan sebagai langkah pengukuhan dan pemurnian pendidikan sistem itu.
"FAM juga akan memulakan latihan VAR fasa kedua untuk menambahkan bilangan pengadil VAR. Usaha ini akan dimulakan dalam masa terdekat," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM.
Dalam pada itu, katanya pelaksanaan VAR dalam Liga-M dijangka membuka lebih banyak peluang kepada pengadil Malaysia dipilih untuk bertugas di peringkat lebih tinggi iaitu Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan FIFA, selain diharap mampu meningkatkan mutu bola sepak negara.
Sebanyak enam perlawanan percubaan baru-baru ini telah dijalankan oleh FAM dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selaku badan pentadbir Liga-M bagi tujuan melihat tahap kemahiran pengadil dan keberkesanan teknologi VAR.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 02 2024
Malaysia muncul antara 68 negara mendapat pengiktirafan dan kelulusan FIFA untuk menggunakan VAR. - Gambar fail/ Stadium Astro
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perubahan kepimpinan FAM perlu pastikan kesinambungan, keberkesanan
Meskipun perubahan adalah biasa dalam dunia sukan, ia perlu dilakukan secara terancang supaya tidak menjejaskan perancangan sedia ada.
Hamidin buat keputusan tepat tidak pertahan jawatan Presiden FAM - Kamarul Ariffin
Keputusan Tan Sri Hamidin Mohd Amin untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan adalah tepat.
Hamidin beri laluan kepada pemimpin baharu lonjak FAM ke tahap lebih tinggi
Presiden FAM Tan Sri Hamidin Mohd Amin mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan bagi memberi peluang kepada individu lain.
FAM gantung Persatuan Bola Sepak Perlis
(FAM menggantung Persatuan Bola Sepak Perlis daripada menjadi ahli gabungan susulan gagal membayar gaji tertunggak serta pampasan kepada bekas pengarah bola sepak Matt Holland.
Tiket Piala ASEAN dijual bermula hari ini - FAM
Penyokong skuad Harimau Malaya boleh mendapatkan tiket bagi saingan peringkat Kumpulan A Piala ASEAN 2024 bermula hari ini.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
FAM kunci mulut spekulasi Cahill sertai revolusi Harimau Malaya
FAM mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung spekulasi legenda bola sepak Australia Tim Cahill akan menjadi sebahagian daripada unit khas FAM.
Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada Jumaat.
Peluang terbaik Harimau Malaya kembali raih kemenangan - Stuart
Dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 bulan ini peluang terbaik untuk skuad Harimau Malaya buktikan keupayaan meraih kemenangan.
FAM pandang serius insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat
FAM memandang serius insiden pergaduhan membabitkan pemain JDT Arif Aiman dan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super.