SUV Proton yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, merupakan keluaran pertama syarikat pembuat kereta tempatan itu selepas menjalin kerjasama dengan syarikat China, Geely tahun lepas.

Ia juga merupakan SUV pertama yang dikeluarkan Proton dan ini merupakan TIGA perkara yang anda perlu tahu mengenai kenderaan yang mencuri tumpuan ramai itu.


1. X70 diasaskan daripada model Geely Boyue

X70 merupakan model rupa baharu ataupun facelift bagi Boyue yang dikeluarkan pada 2016 dengan enjin petrol 1.8 liter empat silinder TGDi turbocharged, kuasa 181 hp dan daya kilas 285 Nm dengan transmisi automatik enam nisbah kelajuan.


2. Empat Varian X70 untuk dipilih

Terdapat empat variant yang akan dikeluarkan iaitu Standard 2WD, Executive 2WD, Executive AWD dan Premium 2WD.


3. Dilengkapi Teknologi Terbaharu

Siapa yang pernah lihat video Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menguji Boyue di China, mereka pasti teringat saat beliau kagum dengan teknologi sokongan pengenalan suara yang ada pada model tersebut.

Ia pertama kali digunakan pada model keluaran Proton dan disahkan oleh Geely sendiri bahawa ciri-ciri tersebut ada pada X70.

Proton X70 bakal dilancarkan pada Khamis dengan menawarkan empat varian utama. - Gambar www.proton.com.

Selain itu terdapat juga kamera keliling 360 darjah dan juga sistem pembersih udara pintar.

Ciri-ciri yang sudah pasti ada pada X70 adalah memasuki kenderaan tanpa kunci (Keyless Entry) dengan pengimbas sentuh aktif pada pemegang pembuka pintu dan enjin dihidupkan dengan menekan butang (Push Start Button).

Baca: SUV Proton X70 buat netizen 'terliur'

Tempahan untuk X70 sudahpun dibuka pada awal bulan lepas dengan deposit RM1,000, namun harga rasmi bagi setiap variant belum diumumkan.

Menurut laman web Rojak Daily, harga bagi model spesifikasi paling rendah bermula dari RM138,308 dan akan mula berada di jalan raya negara ini pada November.