Skip to main content

Dunia

14 maut dalam serangan baharu Rusia ke atas Ukraine

An investigator collects debris of a Russian drone at the impact site in a residential neighborhood, amid Russia's attack on Ukraine, in Vyshneve, outside Kyiv on Apr 3, 2026. (Photo: Reuters/Thomas Peter)
Seorang penyiasat mengumpul serpihan dron Rusia di lokasi impak di sebuah kawasan perumahan, susulan serangan Rusia ke atas Ukraine, di Vyshneve, di luar Kyiv, pada Jumaat. - Gambar Reuters

KYIV: Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dalam serangan udara baharu Rusia ke atas Ukraine pada Jumaat (3 April), ketika Moscow meningkatkan serangan pada waktu siang, menurut pihak berkuasa tempatan.

Tentera udara Ukraine memaklumkan, Rusia melancarkan lebih 500 dron dan berpuluh peluru berpandu dalam serangan tersebut. 

Advertisement

Di wilayah Kyiv, seorang terbunuh manakala lapan cedera, selain kerosakan pada bangunan kediaman. 

Laporan turut menyebut kira-kira 20 ekor haiwan mati akibat serangan ke atas sebuah klinik veterinar.

Serangan turut dilaporkan di beberapa wilayah termasuk Sumy, Zhytomyr, Dnipropetrovsk serta kawasan barisan hadapan Kharkiv, Donetsk, Kherson dan Zaporizhzhia.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menuduh Rusia meningkatkan serangan menjelang Easter Katolik, meskipun beliau menyatakan kesediaan untuk gencatan senjata sementara. 

Kremlin bagaimanapun berkata tiada cadangan jelas diterima setakat ini. - Agensi

Must Watch Video