IMAN Pro merupakan salah satu aplikasi memfokuskan gaya hidup Muslim, tetapi dengan rekaan yang minimalis.

Ia hadir dalam bentuk aplikasi versi percuma dinamakan Iman, dan juga versi berbayar dinamakan Iman Pro.

Terbaru, pembangun aplikasi Iman Pro telah pun mengemaskininya, sekali gus memperbaharui pelbagai struktur kod, dan penggunaan API.

Bersama-sama dengannya juga, Iman Pro kini diberikan antaramuka yang dikemas kini.

Bersama kemas kini ini juga, Iman Pro menawarkan sokongan untuk iPad sepenuhnya, selain menyertakan sokongan untuk Apple Watch.

Pengguna turut boleh menggunakan pelbagai ciri widget mengikut citarasa dan susunan pada peranti masing-masing.

Bagi anda yang sedia menggunakan Iman Pro, boleh mengemas kini aplikasi anda hari ini melalui App Store, dan menikmati pelbagai pembaharuan dan pengoptimasian yang disertakan bersama dengannya.