NYALA! NYALA! NYALA!

Percaya atau tidak, permainan mudah alih Jomdooit telah berjaya mencecah 2.3 juta pemain sejak diperkenalkan di Malaysia pada 7 September 2018.

Dalam masa lima bulan JomDooit telah berjaya mengadakan 118 sesi permainan bersama dengan pemain-pemain permainan mudah alih tersebut.

Permainan tersebut merupakan salah satu permainan yang menguji tahap pengetahuan rakyat Malaysia di samping berkongsi maklumat-maklumat umum untuk pemain mempelajari sesuatu yang baharu.


Sepanjang permainan itu berlangsung pelbagai tema telah diperkenalkan yang bersesuaian dengan kehendak pemain antaranya sambutan hari Kemerdekaan, Deepavali , Halloween dan banyak lagi.

JomDooit telah diacarakan oleh pelakon Sean Jle dan juga tetamu-tetamu jemputan yang turut menjadi pengacara iaitu Hafreez Amminuddin, Tasha Aleia, Adam Sinclair dan juga bekas peserta Asia Next Top Model musim ketiga iaitu, Monika Santa Maria.

Aplikasi permainan mudah alih JomDooit boleh dimuat turun di Goggle play store dan Apple store.