SUBANG JAYA: Setiap peminat tegar piring hitam juga pengumpul koleksi pasti sinonim dengan istilah ‘crate-digging’.
Secara retrospektif, istilah ini merujuk kepada proses mencari dan memilih piring hitam yang sering dilakukan oleh para DJ untuk mencari ilham.
Walaupun zaman semakin canggih membuatkan orang kian lupa akan bahan rakaman seperti CD, kaset dan piring hitam, tidak dinafikan masih ada segelintir peminat yang memilih format analog berbanding versi digital.
Pengurus kedai Teenage Head Records, Faisal Hariz Roshdi berkata walaupun generasi silih berganti, dia masih melihat generasi yang jauh lebih muda datang bersama ibu bapa mereka untuk membeli naskhah versi analog tersebut.
“Saya ada satu memori di mana ada adik-beradik ni datang kedai, dia bawa Walkman dan tanya ada jual tape tak?
“Lepas tu bila mereka nak bayar, mereka tanya macam mana nak pakai, dan bagi saya yang membesar dengan Walkman, ini adalah pengalaman yang manis apabila melihat gelagat mereka (generasi baharu) mencuba-cuba untuk mencontohi generasi lama,” katanya ketika diwawancara Astro AWANI di Teenage Head Records, di sini, pada Isnin.
Menurutnya, faktor ‘demand’ piring hitam ini adalah kerana media sosial dan filem-filem yang sering menggunakan piring hitam mahupun kaset sebagai objek estetik.
Ditanya sama ada generasi sekarang memahami secara komprehensif hobi ataupun istilah ‘crate-digging’ ini, Faisal tidak menafikan bahawa generasi sekarang makin cakna walaupun di era pendigitalan.
“Peminat muzik ni dia ada banyak peringkat. Ada yang secara casual, normies, dan ada pula golongan yang betul-betul sokong artis dan dia mula beli bentuk fizikal.
“Dan bila minat dia melebihi dua peringkat ini, baru diaorang akan belajar tentang asal usul lagu itu.
“Apa yang saya lihat di kedai saya sendiri, terdapat pengunjung dari pelbagai usia bukan setakat crate-dig piring hitam sahaja, malah termasuk CD dan juga kaset.
“Kami ada koleksi analog yang terpakai, jadi pelanggan yang datang selalunya akan ambil masa yang agak lama untuk cari dan pilih,” jelasnya.
Faisal berkata walaupun harga pasaran kini semakin naik, namun permintaan format fizikal ini sangat memberangsangkan, dan sebagai bukti, kedainya itu turut berjaya menempuh detik hitam ketika COVID-19 mula melanda.
“Secara umum tau lah kan dengan masalah dunia ini, mata wang secara amnya sangat terkesan dan itu tidak dapat dielakkan…memang piring hitam lagi murah dari dulu kalau kita lihat dari lima tahun yang lepas.
Dalam nada yang sama, Faisal berharap agar generasi muda akan terus menghargai muzik tidak kira dalam format digital ataupun fizikal.
“(Format) digital akan sentiasa ada... tetapi, format fizikal ini lain daripada yang lain. Jadi, why not invest sikit dekat fizikal format?
“(Format fizikal) ini berbeza dengan digital.. bila seseorang itu ada piring hitam, ia seolah-olah memaksa pendengar itu untuk mendengar tanpa boleh memilih…secara tak langsung, pendengar akan lebih tahu pasal lagu dan siapa komposer dan pengaruhnya,” jelasnya lagi.
Pia Ernadya
Sat Apr 13 2024
Faisal berkata walaupun harga pasaran kini semakin naik, namun permintaan terhadap format fizikal ini sangat memberangsangkan. -Astro AWANI
Penyerang Poland Milik terlepas Euro 2024
Pasukan Poland terpaksa beraksi di Euro 2024 tanpa penyerang bintang mereka, Arkadiusz Milik, yang disahkan terlepas kejohanan itu selepas mengalami kecederaan lutut.
Peniaga makanan dalam kawasan MPK dilarang guna bekas makanan stirofoam dan polisterin mulai 15 Julai
Peniaga makanan dalam kawasan Majlis Perbandaran Kangar dilarang menggunakan bekas stirofoam dan polisterin berkuat kuasa 15 Julai ini.
Malaysia masuk fasa hidup bersama virus COVID-19 - Dr Dzulkefly
Rakyat kini berada di fasa hidup bersama virus COVID-19 dan dalam peralihan ke arah meneruskan kehidupan seperti biasa, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Jojo tewas buat kali pertama menentang jaguh Vietnam
Jaguh Muay Thai negara dan bintang One Championship, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar, membuktikan dirinya berkebolehan untuk beraksi di pentas tinggi namun terpaksa akur dan tewas di tangan peninju Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat.
PRK Sungai Bakap: PN umum calon 15 Jun - Sanusi
Perikatan Nasional akan mengumumkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada 15 Jun depan.
Pelaburan syarikat besar, negara harus bersedia dengan tenaga mahir
Pelaburan daripada beberapa syarikat antarabangsa menjadi cabaran untuk Malaysia terutama dalam aspek meningkatkan kemahiran tenaga kerja.
PLUS aktifkan laluan kontra di Putrajaya-Elite bagi kerja penurapan
PLUS akan mengaktifkan laluan kontra di laluan antara Putrajaya ke Plaza Tol Putrajaya (Lingkaran Putrajaya) di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) pada 10 hingga 12 Jun.
Mufti Besar Arab Saudi beri amaran tentang haji tanpa permit
Mufti Besar Kerajaan Arab Saudi menyeru semua jemaah haji tahun 1445H untuk mematuhi arahan keselamatan dan rasmi dengan ketat.
Israel kesan nyamuk pembawa virus Nil Barat
Kementerian Kesihatan dan Perlindungan Alam Sekitar Israel mengumumkan pada Jumaat pengesanan nyamuk yang membawa virus Nil Barat.
AWANI Ringkas: Segera periksa lebuh raya retak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Arkib muzik: Budaya ‘crate-digging’ masih hidup walaupun generasi silih berganti
Faisal berharap agar generasi muda akan terus menghargai muzik tidak kira dalam format digital ataupun fizikal.