awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bagaimana ingin mengesan jika sesebuah akaun media sosial itu palsu?

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
05/12/2020
06:56 MYT
Bagaimana ingin mengesan jika sesebuah akaun media sosial itu palsu?
Jangan risau, kami kongsikan kepada anda tip untuk mengenal pasti sama ada akaun tersebut palsu ataupun tidak. - Gambar fail.
PERNAHKAH anda berasa ragu-ragu dengan kewujudan sesebuah akaun di laman media sosial sehingga tertanya-tanya sama ada akaun tersebut palsu atau tidak?
Jika ya, pastinya timbul kesukaran untuk memastikan akaun tersebut palsu atau tidak?
Tapi, bagaimana ingin mengesan jika sesebuah akaun itu palsu?
Jangan risau, kami kongsikan kepada anda tip untuk mengenal pasti sama ada akaun tersebut palsu ataupun sebaliknya.
Periksa gambar profil
Cara yang paling mudah untuk mengenal pasti kesahihan sesebuah itu adalah menerusi gambar profil pengguna akaun tersebut.
Anda boleh melakukannya dengan memeriksa kualiti gambar profil akaun tersebut sama ada ia kelihatan seperti disalin atau dimuat turun daripada internet.
Kebiasaannya, gambar profil akaun palsu sering kali kelihatan kabur dan tidak mempunyai kualiti yang sebenar. Anda juga boleh menggunakan Google Image untuk mencari gambar yang seakan-akan sama dengan gambar profil yang digunakan.
Periksa senarai rakan/ pengguna akaun
Seterusnya, anda juga boleh memeriksa di bahagian senarai rakan atau pengguna akaun tersebut.
Jika akaun tersebut tidak memiliki sebarang rakan atau pengikut yang sedikit, akaun tersebut mungkin palsu.
Periksa bahagian likes dan komen
Akaun palsu juga seringkali mempunyai likes dan komen yang mencurigakan.
Jika akaun itu tidak mempunyai banyak likes dan komen, maka ia juga dilabel sebagai palsu.
Aktiviti akaun
Selain itu, periksa bahagian aktiviti akaun tersebut. Jika tiada sebarang kandungan yang dimuat naik atau mempunyai kandungan yang terlampau sedikit, akaun itu juga berkemungkinan palsu.
Malah, terdapat juga segelintir pemilik akaun palsu yang cuba mengaburi bahagian ini dengan memuat naik beberapa kandungan atau memuat naik kandungan berbentuk komen di atas hantaran yang lain bagi mempengaruhi perbualan.
Bahagian maklumat penciptaan akaun
Jika anda sukar menentukan kesahihan akaun itu, anda juga boleh melihat di bahagian penciptaan akaun tersebut.
Sekiranya ia baru sahaja aktif atau direka, maka akaun itu juga berkemungkinan adalah palsu.
** Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
Topic Berkaitan
#MCMC
#media sosial
#akaun palsu
#periksa
#kenal pasti
#akaun
#palsu
#profil
#Gambar
#shm
#weekender
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan