SUAMI yang baik adalah suami yang memberi kebahagiaan kepada isteri.
Termasuklah menghormati, lemah lembut dalam melayani, beri perhatian sepenuhnya dan tidak melebihkan orang luar dari insan yang disayanginya.
Rumah tangga yang berjaya juga bukan bila ada rumah dan kereta besar, tapi ia berjaya bila tak ada yang rasa besar kepala kat rumah.
Saling melengkapi, bekerjasama, toleransi, memahami dan paling penting menghargai pasangan anda. Itu kunci rumah tangga bahagia.
Ada orang berpendapat dengan duit beli kebahagiaan, bila tiada duit itu yang kucar kacir rumah tangga. Tanggapan yang tidak betul sama sekali.
Tidak dinafikan dalam kehidupan kita memerlukan wang tetapi bukan itu terletaknya keharmonian dalam rumah tangga.
Hadamkan perkongsian oleh saudara Firdaus Mokhtar ini tentang bagaimana cara nak buat rumah tangga bahagia dengan percuma.
Petang itu ada kawan cakap ke aku, “Dia boleh lah banyak duit. Kejap surprise kan isteri beli kasutlah, beli cincin lah, beli kereta lah.
"Pernah sekali surprise beli tiket kapal terbang berjalan ke Bali. Aku ni mana ada duit sangat. Duit hujung bulan pun tak cukup.”
Aku balas ke dia; “Nak hiburkan isteri ni macam macam cara. Kau tak ada duit, banyak lagi benda percuma kau boleh buat jadikan surprise.
"Kau pernah basuh kain baju dekat rumah? Kalau tak pernah esok cuba kau buat, siap sidai dah kering kau lipatkan pula. Itu pun surprise.
"Kau pernah tak bangun tidur kemas katil sendiri selama kahwin ni? Biasa kau bangun tinggal terus, tahu-tahu dah cantik tegang je cadar katil kan?
"Apa kata kau pula yang kemaskan katil. Masa isteri dalam bilik air tu, kau kemas siap-siap. Dia keluar tengok dah kemas. Surprise juga kan?"
"Lepas makan, kau angkat semua pinggan mangkuk. Kau tunggu dekat sinki dapur. Bila isteri datang bawa bekas makanan yang dah guna, kau suruh isteri basuh tangan dan pergi rehat dekat depan tv.
"Kata lah biar kau yang handle dapur. Pun kejutan yang sangat membahagiakan isteri.
"Kau tengok, ada guna duit? Tak ada. Ada banyak hal dalam rumahtangga yang kita boleh jadikan kejutan istimewa buat isteri. Atas kau sahaja yang nak buat atau tidak.”
Dia mengangguk tanda setuju. Lama lepas tu dia termenung.
Agaknya berfikir benda apa yang dia nak buat dekat rumah nanti. Aku kata ke dia lagi, “Kita selalu fikir benda yang tak ada.
"Sedangkan depan mata kita macam-macam ruang untuk bina kasih sayang rumahtangga. Tuhan bagi siap dah.”
Sumber : Firdaus Mokhtar
Artikel asal disiarkan di Pesona Pengantin. Bangun tidur kemas katil pun dah boleh buat isteri gembira
Pengantin
Thu Jul 29 2021
Depan mata kita macam-macam ruang untuk bina kasih sayang rumahtangga. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Suami Zahnita Wilson direman kes keganasan rumah tangga
Suspek tiba di Kompleks Mahkamah Kuantan kira-kira jam 8.30 pagi dan selesai reman setengah jam kemudian.
Diabai ketika sakit, suami tikam isteri hingga mati
Suspek dipercayai terasa hati dengan mangsa yang seolah-olah mengabaikannya ketika dia sedang sakit.
Lelaki bunuh, tanam mayat isteri hamil 5 bulan belakang rumah
Siasatan awal mendapati AS tergamak menetak isterinya dengan parang hingga mati kerana khabar angin mangsa kononnya berlaku curang.
Polis tahan lelaki cekik, ugut, tolak isteri dalam gaung di Gerik
Suspek akan ditangkap semula oleh pihak IPD Gerik untuk siasatan lanjut selepas urusan siasatan di Baling selesai.
Bakar suami sebab kuat main judi 'online'
Siasatan awal mendapati pelaku melakukan perbuatan itu kerana konflik rumah tangga.
‘Tiada kesalahan suami Hannah terima tender kerajaan Selangor’ - KP SPRM
SPRM mengesahkan kontrak yang diterima oleh suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh daripada Kerajaan Selangor tidak mengandungi sebarang kesalahan.
Lelaki sedar dari koma selepas 10 tahun
Sun Hongxia enggan berputus asa menjaga suaminya yang mengalami kondisi sedemikian selepas terkena serangan jantung.
Isteri curang, malas masak ditikam dengan berus gigi hingga mati
Siasatan awal mendapati suspek bertindak menikam leher Risma Fatmawati dengan berus gigi kerana berasa sakit hati.
Dua wanita berstatus isteri kahwin lagi senyap-senyap
Dua wanita berstatus isteri di Indonesia kini menjadi tular, gara-gara berkahwin lain tanpa pengetahuan suami masing-masing.
Lelaki pukul isteri guna dumbel hingga maut direman seminggu
Perintah reman bermula Sabtu hingga Jumaat depan itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Saidatul Akmar Suberi.