Pengguna laman sosial berkongsi rasa sedih selepas kisah seorang pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang kehilangan bapanya selepas menduduki kertas Bahasa Melayu 1 (BM 1) mula viral.
Di laman Facebook, ucapan simpati mencurah-curah diterima Norfatin Najhan Nasrudin, 17, yang menerima berita sedih selepas bapanya, Nasrudin Hashim meninggal dunia pada jam 2.50 pagi Isnin.
Ramai juga yang mengirimkan doa dan harapan agar Norfatin tabah dan kuat menghadapi saat-saat sukar itu.
Kisah Norfatin pada mulanya dilaporkan akhbar Harian Metro, dan ia pantas mendapat perhatian masyarakat.
Norfatin yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Muar dan tinggal di asrama, hanya dimaklumkan tentang pemergian bapanya pada jam 10.15 pagi, sebaik selesai menjawab kertas BM 1.
Anak bongsu itu dilaporkan ada menghubungi bapanya untuk memohon restu sebelum menjawab kertas berkenaan, namun tidak berjawab. Keluarganya membuat keputusan untuk tidak memaklumkan kematian Nasrudin agar fokus Norfatin tidak menganggu.
Norfatin dijemput abang dan kakaknya untuk menghadiri pengkebumian bapanya, sebelum kembali ke sekolah untuk menjawab kertas Bahasa Melayu 2 (BM 2).
Nasrudin, 64, dilaporkan meninggal dunia kerana komplikasi buah pinggang.
Madiha Abdullah
Tue Nov 03 2015
Norfatin hanya dimaklumkan tentang pemergian bapanya 7 jam selepas bapanya meninggal dunia. Foto/Facebook
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Bapa meninggal dunia di hari pertama SPM, netizen kongsi rasa sebak
Di laman Facebook, ucapan simpati mencurah-curah diterima Norfatin Najhan bt Nasrudin, 17, yang menerima berita sedih kematian bapanya, Nasrudin Hashim pada jam 2.50 pagi Isnin.