KUALA LUMPUR: Pada sesi taklimat media bersama Kraftangan Malaysia tentang industri batik negara ini, ramai pengamal media termasuk penulis, gagal membezakan antara batik Malaysia dan batik cetak - batik yang dibawa masuk dari negara serantau - ketika diminta berbuat demikian.
Pada pandangan mata kami, kedua-dua jenis batik yang ditunjukkan itu nampak sama dan sempurna, khususnya dari segi lakaran corak.
Barangkali tahu akan dangkalnya ilmu masyarakat tentang batik, ada peniaga termasuk pengusaha butik terkenal, turut menjual batik cetak yang dianggap oleh pembeli sebagai batik Malaysia, sementelah produk kraf import itu juga dijual semahal batik asli Malaysia.
Ditambah pula permintaan tinggi terhadap batik. Misalnya untuk tahun ini, nilai jualan bagi tempoh lapan bulan pertama sudah mencecah RM67.4 juta. Industri itu merekodkan nilai jualan tertinggi berjumlah RM176.4 juta pada 2019.
Hakikatnya, lambakan batik cetak sudah menjadi isu di negara ini sejak sekian lama, sekali gus memberi cabaran hebat kepada pihak berwajib dalam mengekalkan kelangsungan warisan tradisional yang dikongsi bersama Indonesia itu.
EKSPLOITASI
Susulan dasar kerajaan mewajibkan penjawat awam berpakaian batik Malaysia pada setiap Khamis berkuat kuasa 21 Ogos lepas, suara kebimbangan tentang peniaga mengeksplotasi dasar itu dengan mengetengahkan batik cetak sebagai batik Malaysia kembali kuat kedengaran.
Menurut Kraftangan Malaysia, mereka menerima maklumat orang awam yang meluahkan rasa kecewa di media sosial kerana terpedaya membeli batik cetak pada harga yang agak tinggi.
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Kraftangan Malaysia Abdul Halim Ali ketika ditemu ramah Bernama, berkata perbuatan peniaga tidak bertanggungjawab terbabit boleh dianggap sebagai menipu, dan jika dilakukan oleh mereka yang berdaftar dengan Kraftangan Malaysia, pengusaha berkenaan akan dikenakan tindakan.
"Kami dapati ada beberapa peniaga di bawah Kraftangan Malaysia menjual batik cetak, dan antara tindakan yang diambil ialah memberi amaran, dan sekiranya didapati masih mengulangi, mereka akan digantung penyertaan serta tidak boleh lagi mengikuti mana-mana program promosi kami," katanya.
Sambil menunjukkan jenis kain batik, Abdul Halim berkata terdapat beberapa perbezaan ketara antara batik Malaysia dan batik cetak, antaranya ialah fabrik yang digunakan.
Batik cetak menggunakan fabrik daripada poliester selain bahagian belakang kain juga tidak ditembusi warna, katanya.
Jelas beliau, batik cetak juga digelar salinan fotostat oleh pengusaha batik kerana lakaran corak atau motif tidak mempunyai sebarang cacat cela, iaitu seragam dan sempurna kerana produk itu dihasilkan oleh mesin, sedangkan batik Malaysia adalah kraf kerja tangan manusia sepenuhnya.
"Definisi batik itu sendiri (bermaksud) perlu menggunakan teknik penghalang warna sama ada lilin, tanah liat mahupun gam sagu atau linut bagi memberi kesan unik pada reka corak, selain perlu melalui pelbagai proses lain sebelum siap menjadi sehelai kain," katanya.
Bagaimanapun kata beliau, batik cetak tidak melalui proses membatik seperti memblok/menerap, mencanting, mewarna, merebus, membilas dan mengering, sekali gus kos penghasilan produk itu jauh lebih rendah berbanding batik Malaysia.
HARGA LEBIH MAHAL
Tidak menafikan proses membatik antara faktor yang menyebabkan harga batik Malaysia mahal, beliau berkata sebenarnya masih ada baju atau kain batik Malaysia pada harga mampu milik, bergantung pada jenis material dan teknik yang digunakan.
Di lokasi tumpuan jualan batik seperti Pasar Payang, Terengganu dan Pasar Besar Siti Khadijah, Kelantan mahupun secara dalam talian, batik Malaysia, sama ada dalam bentuk kain atau baju siap, ada yang berharga bawah seratus ringgit.
Ironinya, ada pakaian batik cetak berjenama yang dijual di pusat beli-belah berharga melebihi RM200 sehelai.
Bagi Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia 'Ainu Sham Ramli, harga batik Malaysia tidak seharusnya menjadi isu kerana pilihan di tangan pengguna.
Bagi yang sukakan fabrik berkualiti tinggi seperti sutera, sudah tentu mereka perlu membayar pada harga yang lebih, kata beliau.
Beliau melihat harga purata batik Malaysia sebagai berpatutan, mengambil kira proses menghasilkan sehelai batik.
Bagi peniaga, lambakan batik cetak yang semakin berleluasa di negara ini turut disumbang oleh ketiadaan undang-undang khusus untuk melindungi batik Malaysia.
Shahrul Azam Kamaruddin, pengusaha Qaseh Batik di Kota Bharu, Kelantan, berpendapat kewujudan undang-undang sedemikian adalah perlu bagi menghalang pihak tidak bertanggungjawab mengeksploitasi istilah "batik".
"Perkataan batik itu sendiri memainkan peranan sangat besar dalam seni warisan ini, dan kerana itu batik cetak tidak boleh dianggap sebagai 'batik' dan mereka yang menjualnya perlu mengklasifikasikan produk tersebut hanya sebagai tekstil," katanya.
Beliau juga yakin undang-undang itu dapat membangkitkan kesedaran peniaga dan masyarakat tentang natijah menyalahgunakan istilah batik menerusi tindakan yang diambil oleh pihak berwajib.
Menurut Shahrul Azam, lebih membimbangkan apabila kini ada trend mencetak bahagian depan dan belakang fabrik agar menyerupai batik Malaysia.
"Saya dapati ada pasar raya utama di negara ini yang menjual batik cetak hampir serupa dengan batik Malaysia apabila kainnya dicetak depan dan belakang berbanding sebelum ini hanya pada bahagian depan.
"Jadi agak sukar untuk kita membezakan batik cetak ini, tetapi pengguna boleh melihat pada material kain kerana batik Malaysia hanya menggunakan kain kapas dan sutera berbanding batik cetak yang menggunakan fabrik sintetik," katanya.
TINGKAT KESEDARAN
Biarpun situasi ini memberi cabaran besar kepada industri batik Malaysia, pelbagai program kesedaran telah dijalankan oleh Kraftangan Malaysia termasuk jerayawara bagi menyebarluaskan maklumat tentang batik.
Kempen itu yang meliputi demonstrasi interaktif, turut melibatkan peringkat sekolah melalui program cakna kraf bagi mendedahkan seni batik kepada pelajar sedari awal.
Sungguhpun begitu, 'Ainu Sham melihat inisiatif kerajaan mewajibkan pemakaian baju batik Malaysia dalam kalangan penjawat awam dapat memartabatkan lagi industri batik negara.
Dasar itu juga katanya dapat membantu melonjakkan jualan pengusaha batik negara, termasuk 815 usahawan batik yang berdaftar dengan agensi tersebut.
Hakikatnya, harga batik Malaysia tidak menjadi isu jika setiap ahli masyarakat mempunyai semangat patriotik dan kecintaan yang tinggi, bukan sahaja terhadap negara tetapi juga dalam mempertahankan khazanah warisan yang tidak ternilai harganya ini.
Semuanya bergantung pada diri sendiri, sama ada mahu "melabur" sedikit bagi memastikan industri batik Malaysia yang telah bertapak sejak lebih empat dekad lalu terus subur, atau dibiarkan berkubur secara perlahan-lahan ditewaskan oleh batik cetak yang begitu mudah diperoleh.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 17 2023
Kakitangan Kraftangan Malaysia menunjukkan demonstrasi Batik Canting pada sesi bersama pengamal media sempena kempen 'Ini Batik Malaysia' di Kompleks Kraf, Kuala Lumpur, 8 Sept 2023. -- Gambar hiasan/BERNAMA
UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa
UNICEF menyeru tindakan segera pada lewat Jumaat ketika kanak-kanak di Semenanjung Gaza terus menghadapi pertumpahan darah setiap hari, lapor Agensi Anadolu.
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Festival Kraf Persona Tekstil 2024
Bermula 28 November hingga 8 Disember 2024 dari pukul 10.00 pagi sehingga 10.00 malam bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
Pasareka 2023: Platform pereka seni kreatif kongsi idea, reka bentuk
Pasareka 2023 menggabungkan pereka dan penggiat seni kraf dalam satu acara dengan perkongsian idea dalam pembangunan produk kraf baharu.
Hargai seni dan kraf kita agar kekal menjadi warisan - Raja Permaisuri
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah agar rakyat negara ini mencontohi negara lain yang menjaga kesenian mereka.
Batik Malaysia: Jadilah jauhari yang mengenal manikam, elak ditipu terbeli tiruan
Pada sesi taklimat media bersama Kraftangan Malaysia tentang industri batik negara ini, ramai pengamal media termasuk penulis, gagal membezakan antara batik Malaysia dan batik cetak - batik yang dibaw
Kraftangan Malaysia promosi pemakaian batik bagi jemaah umrah
MOTAC menyasarkan pemakaian batik dalam kalangan jemaah umrah Malaysia bakal bermula seawal November atau Disember apabila tiba cuti persekolahan.
Hari Kraf Kebangsaan 2023: 'Ini Kraf Malaysia' bantu golongan B40 jana pendapatan
Selain pakaian batik dan tenunan, aksesori peribadi, beg serta kraf tangan berunsurkan rotan, makanan tradisional turut dijual kepada pengunjung.
Kraftangan Malaysia rancang pertunjukan fesyen di Dubai
Acara itu diharap meningkatkan kesedaran tentang tekstil Malaysia, hiasan dalaman dan produk gaya hidup di UAE serta wilayah Teluk.
Festival Kraf Borneo sasar 30,000 pengunjung, nilai jualan lebih RM400,000
Ini kali pertama FKB menemui pengunjung selepas penganjurannya edisi sebelumnya terpaksa dihentikan akibat pandemik COVID-19.
Jualan hasil kraftangan Sarawak mulai pulih
Akan tetapi, sasran jualan bagi produk kraftangan negeri itu dikurangkan kepada RM12 juta berbanding RM35 juta sebelum ini akibat PKP.
Kraftangan Malaysia tawar pelbagai produk untuk cenderamata TMM2020
Produk kraf Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020) menawarkan pelbagai pilihan kepada agensi kerajaan, swasta, perhotelan dan pemain industri pelancongan untuk dijadikan cenderamata.