SEPANJANG cuti Tahun Baru Cina ini, sudah pastinya kita begitu teruja untuk menikmati buah limau mandarin. Begitu juga dengan anak-anak.
Namun bila terlebih makan, mulalah anak-anak batuk dan sakit tekak. Benarkah limau ini boleh menyebabkan batuk dan sakit tekak?
Benar. Kulit limau mandarin mengandungi bahan kimia sulfur dioksida (SO2).
Bahan kimia SO2 ini digunakan sebagai pengawet (dalam bentuk gas atau garam terbitan) pada buah limau mandarin bertujuan mengekalkan kesegaran dengan mengelakkan kulitnya berubah keperangan, juga menghalang pertumbuhan kulat.
Namun, jumlah SO2 yang digunakan adalah sedikit iaitu tidak melebihi dari dos yang dibenarkan (30 mg/kg) oleh badan bertanggungjawab antarabangsa.
SO2 dalam kuantiti yang sedikit ini pada kulit limau tidak akan mendatangkan bahaya kerana badan kita mampu untuk detox secara semulajadi.
Ia selamat, sebab itu ia dibenarkan sebagai pengawet pada makanan.
Ada individu yang sangat sensitif kepada SO2 terutamanya mereka yang mempunyai penyakit asma berpotensi berhadapan dengan masalah pernafasan yang kronik.
Cuma biasanya pada kotak limau Mandarin tiada dilabel penggunaan bahan kimia SO2 ini.
Cuci dulu sebelum makan
Cara mudah untuk membuangnya adalah mencuci terlebih dahulu buah limau mandarin dengan air sebelum dimakan.
Ini kerana bahan kimia SO2 mudah larut air (H2O) membentuk bahan kimia asid sulfurus, sejenis asid lemah.
SO2(g) + H2O(l) –> H2SO3(aq)
Merendam seketika (10 minit) dengan air garam/baking soda diikuti dengan bilasan air bukan saja boleh membuang pengawet, malah saki baki racun perosak (pesticide) yang terdapat pada sayur atau buah lain juga.
Untuk individu yang kuat sistem daya tahan badannya, tiada masalah untuk kopek dan makan terus saja limau mandarin ini.
Di sinilah perlunya kita memerhati dan ambil tahu tindak balas badan sendiri terhadap apa juga jenis makanan yang dimakan.
Ingat, tidak semestinya jika anda terkesan dengan SO2, orang lain juga akan mengalami kesan yang sama.
Musim perayaan ini, berpada-padalah ya. Jika badan sudah mula memberikan maklum balas, maka sedarlah.
Ingat, apa-apa yang berlebihan boleh membawa mudarat!
• Rasa manis isi limau disumbangkan oleh gula ringkas semulajadi seperti fruktosa, glukosa dan sukrosa. Rasa masam pula disumbangkan oleh bahan kimia bersifat asid terutamanya asid sitrik. Rasa manis dan masam ini perlu seimbang untuk memberikan rasa limau yang sedap dinikmati.
• Isi limau Mandarin kaya dengan serat, protein dan pelbagai jenis vitamin (A, B, C, E), serta mineral (kalsium, magnesium, fosforus, potasium). Ianya juga kaya dengan fitokimia bersifat antioksida seperti flavonoids dan phenolic acids.
• Warna jingga kekuningan limau Mandarin adalah disumbangkan oleh bahan kimia pigmen beta-cryptoxanthin.
• Bau limau mandarin adalah disebabkan oleh bahan kimia meruap seperti thymol, dimethylanthranilate, gamma-terpinene dan beta-pinene yang terbebas semasa kulitnya dikupas. -Keluarga
Keluarga
Sun Feb 11 2024
Kulit limau mandarin mengandungi bahan kimia sulfur dioksida (SO2). -Keluarga
30 CEO TVET swasta Malaysia adakan lawatan ke China
Menerusi lawatan berkenaan kesemua institusi TVET tempatan akan menandatangani MoU dengan lima buah institusi TVET China.
Lawatan Anwar ke Qatar berjaya jana potensi eksport bernilai RM700 juta - Tengku Zafrul
Komitmen eksport itu diterima daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan.
Pemimpin utama industri Qatar hadiri mesyuarat meja bulat dengan PM Anwar
Syarikat yang menghadiri pertemuan meja bulat itu kebanyakannya daripada sektor perkhidmatan, pembuatan serta pelaburan.
LKIM cadang bina slipway di Labuan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bercadang membina satu lagi 'slipway' di Kompleks LKIM Labuan bagi mengatasi masalah kesukaran membaiki bot nelayan di kawasan berkenaan.
Mad Saril ubah tempurung jadi kraf tangan cantik, bernilai
Seorang bekas pekerja swasta di Bagan Datuk mengubah tempurung dan batang kelapa menjadi barangan dan kraf tangan bernilai tinggi.
KADA perluas 80 hektar padi di Pasir Puteh menerusi Program SMART SBB
KADA akan memperluaskan Program SMART SBB seluas 80 hektar lagi di kawasan seliaannya di sini pada musim hadapan bagi membantu lebih ramai pesawah menjana pendapatan lebih lumayan.
Rangka Kerja Integriti dan Antirasuah Industri Perkhidmatan Air perlu dikaji semula
SPAN amat komited dalam merealisasikan pemerkasaan aspek integriti dalam industri perkhidmatan air melalui kerjasama erat bersama para pemegang lesen.
Pantai Teluk Bahang diisytihar sebagai sarang penyu bertelur
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Isnin mengisytiharkan Pantai Teluk Bahang sebagai sarang penyu bertelur.
TUBE-X: 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih melalui bantuan geran lebih RM3 juta
Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).
Sarawak selidik olah kanji sagu jadi nasi
Sarawak sedang memulakan penyelidikan untuk menjadikan kanji sagu sebagai makanan ruji alternatif kepada nasi.
Batuk selepas makan limau mandarin? Kurangkan kesan ikut cara ini
Kulit limau mandarin mengandungi bahan kimia sulfur dioksida (SO2).
Harga limau mandarin naik sempena Tahun Baru Cina
Kejatuhan nilai mata wang ringgit dan kekurangan bekalan limau mandarin dari negara China sehingga 30 peratus.
Adat resam dan pantang larang Tahun Baru Cina
Ramai yang mungkin tidak mengetahui simbolik disebalik setiap adat resam dan tradisi angpau dan limau mandarin.
Undian: Adakah kos menjadi faktor utama dalam menentukan kemeriahan perayaan anda?
Adakah faktor kenaikan harga barang mentah akan menjejaskan kemeriahan perayaan anda?
Kenapa harga limau mandarin meningkat tahun ini?
Persatuan Pemborong Buah-Buahan KL telah mengesahkan bahawa harga limau mandarin akan meningkat sehingga 35 peratus.
Limau Mandarin berkurangan akibat jerebu di China
Limau Mandarin, buah wajib untuk sambutan Tahun Baharu Cina, dijangka kurang mendapat sambutan tahun ini berikutan harganya lebih mahal berbanding tahun sebelumnya.