awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Monsun Barat Daya: Bomba Johor pantau 42 lokasi titik panas
MALAYSIA
Sindiket cetak pelekat palsu imigresen tumpas, lelaki warga Pakistan ditahan
GADGETS
ChatGPT tambah sokongan janaan imej melalui WhatsApp
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GAYA HIDUP

Bekas kartunis ‘Anak-Anak Sidek’, isteri bangkit dengan gaya hidup sihat

Sinar Harian
Sinar Harian
16/06/2025
02:30 MYT
Bekas kartunis ‘Anak-Anak Sidek’, isteri bangkit dengan gaya hidup sihat
Nordiana dan Mohd Razif kini tampil lebih sihat selepas berjaya menurunkan berat badan. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Kisah pasangan suami isteri yang juga pengusaha keropok lekor di Sungai Choh, Rawang tular selepas kejayaan mereka menurunkan berat badan dalam tempoh lima bulan mendapat perhatian ramai di media sosial.
Mohd Razif Sani, 51, atau lebih dikenali sebagai Ajib yang pernah menjadi kartunis terkenal menerusi siri komik Anak-Anak Sidek, bersama isterinya, Nordiana Abu Hassan, 40-an, kini tampil lebih sihat hasil konsisten mengamalkan gaya hidup sihat.
Menurut Nordiana, keputusan untuk menurunkan berat badan dibuat selepas mereka mula berdepan masalah kesihatan seperti cepat letih dan paras kolesterol yang semakin tinggi.
“Dulu berat saya 70 kilogram (kg), sekarang 48 kg. Suami pula dari hampir 100 kg kini tinggal 68 kg.
"Semua ini kami capai dalam masa lima bulan,” katanya kepada Sinar Harian.
Sebelum memulakan perjalanan 'diet' sihat, Nordiana dan Mohd Razif masing-masing pernah mencecah berat antara 70 dan 100 kg. - Foto Sinar Harian
Sebelum memulakan perjalanan 'diet' sihat, Nordiana dan Mohd Razif masing-masing pernah mencecah berat antara 70 dan 100 kg. - Foto Sinar Harian
Terdahulu, pasangan suami isteri itu menjadi tular di TikTok selepas video perjalanan mereka menurunkan berat badan meraih lebih dua juta tontonan dan lebih 33,000 tanda suka.
Ujar Nordiana, mereka tidak mengambil sebarang suplemen, sebaliknya hanya mengamalkan diet sihat melalui kaedah Intermittent Fasting (IF) dan OMAD (One Meal A Day).
“Kami jaga 80 peratus pemakanan dan 20 peratus senaman. Kami kurangkan karbohidrat, lebihkan protein, makan sayur dan buah serta potong terus pengambilan gula. Minuman semua tanpa gula, banyak minum air kosong,” jelasnya.
Pasangan itu juga tidak makan berat pada waktu malam, sebaliknya hanya mengambil buah-buahan sebagai alas perut.
Dalam kesibukan berniaga, mereka tetap mengekalkan disiplin bersenam setiap hari.
“Kami akan berjalan pantas (brisk walk) setiap pagi sekitar lima kilometer sebelum mula berniaga jam 9 pagi hingga 7 malam. Malam pula kami buat latihan beban ringan di rumah dua hingga tiga kali seminggu,” katanya.
Tambah Nordiana, transformasi fizikal mereka bukan sahaja memberi kesan positif kepada kesihatan dan keyakinan diri, malah memberi impak besar kepada perniagaan mereka.
“Alhamdulillah, pelanggan makin ramai. Ada video kami yang tular di TikTok sampai capai dua juta tontonan. Ramai datang cari gerai sebab nak tengok sendiri perubahan kami,” katanya.
Gerai mereka, Keropok Lekor Tiptop 962, yang telah beroperasi selama sembilan tahun, kini semakin dikenali ramai dan turut menerima pelanggan dari luar kawasan.
Mengulas cabaran menurunkan berat badan sambil mengusahakan perniagaan makanan, Nordiana mengakui ia bukan mudah, namun boleh dilakukan jika ada tekad yang kuat.
“Kalau nak kurus, kena kuatkan mental dulu. Ujian makan memang banyak, lebih-lebih lagi kami jual makanan. Tapi kalau kita disiplin dan ada kesungguhan, Insya-ALLAH boleh,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#gaya hidup sihat
#turun berat badan
#suami isteri
#diet
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami