Sekumpulan belia Australia telah mencetuskan mania baru di Internet apabila menghasilkan sebuah gerak tari yang digelar “HarlemShake”, iaitu tarian gerakan pinggul yang sehingga kini telah membuatkan ribuan pengguna Internet meniru aksi itu.
Lima remaja itu yang berasal dari Sunshine Coast, Australia mula dikenali apabila memuatnaik rakaman video klip “The Harlem Shake v1(TSCS original)” (video di bawah) yang berdurasi 31 saat ke laman YouTube pada 2 Februari. Sehingga kini ia telah ditonton lebih 12 juta orang dan angkanya terus meningkat.
Tarian gerakan pinggul itu bermula dengan kemunculan seorang lelaki bertopi keledar yang menari mengikut rentak lagu “HarlemShake” yang dihasilkan oleh artis meningkat naik dari Brooklyn, DJ Baauer.
Lelaki itu menari tanpa dihiraukan oleh orang ramai yang berada dalam sebuah bilik. Beberapa saat kemudian, semua yang berada dalam bilik tersebut menari bersama termasuk bergoyang dan bergelek mengikut rentak lagu tersebut.
Gerak tarian itu sebenarnya dimulakan oleh seorang blogger video, Filthy Frank. Namun ia jadi popular selepas versi anak muda dari Australia itu dimuatnaik di YouTube.
Melalui YouTube, ribuan klip “Harlem Shake” telah dimuatnaik setiap hari dengan setiap gerakan tarian itu dilakukan oleh pelbagai orang termasuk sekumpulan anggota tentera. Ia juga dilakukan di pelbagai tempat seperti di pejabat, bilik lokar, gerabak kereta api dan perhentian bas.
Kebanyakan video klip tersebut menyarung pelbagai jenis kostum yang agak pelik termasuklah topeng. "Harlem Shake" adalah sebuah video klip gerak tari pinggul berdurasi 30 atau 32 saat yang dimulakan oleh seorang individu yang samada memakai topeng atau topi keledar.
Individu itu akan menari dengan gaya menggerakkan pinggulnya di khalayak ramai namun tiada siapa yang mengambil peduli akan tariannya itu. beberapa saat kemudian, video klip itu akan berubah dimana orang ramai yang pada mulanya tidak mempedulikan individu itu tadi akan berdansa bersama dengan pelbagai aksi yang dianggap pelik. Malah, corak pemakaian yang digunakan juga menggunakan kostum-kostum pelik seperti kostum adiwira, ahli sukan dan pelbagai lagi.
AFP
Thu Dec 30 1999
Individu main isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas - Ahli akademik
Individu yang menyentuh isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas kerana perbuatan tersebut amat serius dan boleh menggugat perpaduan rakyat.
Ada pemimpin kritik kenaikan gaji penjawat awam - PM Anwar
Susulan pengumuman skim gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus bermula 1 Disember ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui ada pemimpin yang tidak berpuas hati engan keputusan itu.
Pusat karaoke guna pintu kebal tawar GRO diserbu
Seramai 90 PATI ditahan membabitkan 37 lelaki dan 51 wanita serta dua kanak-kanak perempuan atas pelbagai kesalahan.
UMNO tak pernah 'dicucuk hidung' sejak kerjasama dengan PH - Puad
Dakwaan Wan Ahmad Fayhsal bahawa UMNO kini menukar prinsip perjuangan sejak bersama PH disifatkan sebagai naif.
Tyra Kamaruzzaman kini isteri pereka fesyen, terima mas kahwin RM1,111
Menerusi perkongsian siaran langsung di Instagram, pasangan itu dinikahkan oleh bapa Tyra, Kamaruzzaman.
[TERKINI] Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Perhimpunan Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024 di Ipoh.
Majlis perhimpunan sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024
4 Mei ialah tarikh keramat bagi semua anggota bomba di seluruh dunia dan pastinya, anggota bomba di Malaysia juga meraikan hari tersebut yang disambut pada setiap tahun di seluruh dunia.
Dengan Ipoh sebagai lokasi pilihan pada tahun ini, sambutan Hari Bomba Sedunia 2024 terus mengangkat 'Bomba Tonggak Penyelamat Negara' sebagai tema.
Dan untuk kita mendapatkan perkembangannya, langsung sahaja bersama wartawan Astro AWANI, Farhan Hakimi di Tambun.
Dengan Ipoh sebagai lokasi pilihan pada tahun ini, sambutan Hari Bomba Sedunia 2024 terus mengangkat 'Bomba Tonggak Penyelamat Negara' sebagai tema.
Dan untuk kita mendapatkan perkembangannya, langsung sahaja bersama wartawan Astro AWANI, Farhan Hakimi di Tambun.
Cuaca panas: Orang ramai tidak perlu risau, KKM sentiasa pantau keadaan
Orang ramai diminta tidak khuatir dengan cuaca panas yang melanda beberapa negeri ketika ini kerana situasi itu sentiasa dipantau rapat Kementerian Kesihatan (KKM).
Lima ulat parkir ditahan di Melaka
Ujian saringan air kencing mendapati dua lelaki dan seorang wanita yang ditahan itu positif dadah.
Barcelona tekad langsai hutang jumpa Girona
Barcelona akan menentang Girona dalam perlawanan 'derby' Catalan hujung minggu ini dengan misi membalas dendam awal musim ini.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Paderi terkemuka Australia ditikam ketika 'live streaming'
Pemimpin gereja itu dilihat rebah ke lantai dan kedengaran suara jeritan para pengikutnya yang kemudiannya menerpa ke arahnya untuk membantunya.
Beratus dipindahkan susulan banjir di Australia
Perintah supaya berpindah dikekalkan di beberapa pekan selepas hujan lebat dan angin kencang yang menggemparkan komuniti di barat Sydney.
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman turut jana potensi jualan eksport produk Malaysia - PM Anwar
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman baru-baru ini, selain mendatangkan keberhasilan yang positif dengan potensi pelaburan, ia juga telah menjana potensi jualan eksport produk Malaysia.
KESUMA anjur forum, pameran kerjaya berasaskan pekerjaan hijau
Forum bertujuan menggalakkan perkembangan pekerjaan hijau selari dengan keperluan pembangunan ekonomi yang terangkum dan persekitaran mapan.
Kabinet bincang tawaran anjur Sukan Komanwel esok
Kerajaan akan memperincikan mengenai cadangan penganjuran sukan Komanwel 2026 dalam mesyuarat Jemaah Menteri, esok.
'Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel'
Katanya, tempoh dua tahun merupakan satu masa yang singkat buat negara untuk membuat persiapan menganjurkan temasya besar tersebut.
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan disumbang pengembangan operasi sedia ada - Tengku Zafrul
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan tahun lepas disumbang daripada pengembangan operasi perniagaan sedia ada.
Lihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama, destinasi modal - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru komuniti pelaburan antarabangsa supaya melihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama dan sebuah destinasi modal.
Malaysia, Australia jalin hubungan ekonomi lebih kukuh menerusi empat kerangka utama - Anwar
Anwar berkata hubungan ekonomi antara Australia dan Malaysia berkembang kukuh sejak beberapa tahun kebelakangan ini berdasarkan kepentingan geoekonomi bersama dan usaha memakmurkan serantau.