MUSIM cuti sekolah tiba! Pasti ramai ibu bapa sedang merancang percutian bersama anak-anak tersayang.
Tahukah anda dengan bajet serendah RM500, anda boleh melancong hingga ke luar negara?
Berikut kami senaraikan negara yang boleh anda lawati dengan bajet serendah RM500;
1. Singapura
Pasti ramai di antara anda yang ingin ke kota singa ini tetapi takut dengan nilai mata wangnya yang jauh lebih tinggi dari Malaysia kan? Tahukah anda bajet yang diperlukan untuk berkunjung ke nagara ini boleh mencecah serendah RM200?
Pengangkutan:
Untuk berkunjung ke Singapura, kami sarankan anda untuk mengambil pakej bas yang boleh dinaiki dari Damansara. Anda bertolak dari Damansara – Singapura – Damansara. Untuk pakej ini, penginapan di Singapura tidak diperlukan kerana ia hanya memakan masa sehari. Pakej menaiki bas ini berharga serendah RM99 sahaja.
Makanan:
Singapura dan Malaysia tidak jauh beza dari segi makanan. Apabila berada di sana, anda boleh menikmati makanan yang popular seperti Murtabak Singapura. Selain itu anda disaran untuk mengambil makanan berat agar tidak mudah lapar semasa berjalan nanti.
2. Krabi, Thailand
Bagi mereka yang gemar untuk merehatkan minda di tepi pantai yang cantik, inilah destinasi yang sesuai untuk anda. Krabi terkenal dengan pulau-pulaunya yang cantik. Tiket penerbangan ke lokasi ini juga boleh jadi serendah RM 230 sahaja.
Penginapan:
Jangan risau tentang penginapan di sini. Terdapat pelbagai pilihan hotel dengan harga yang berpatutan. Anda hanya perlu pilih hotel yang dirasakan sesuai seisi keluarga. Anggaran harga untuk semalam boleh mencecah serendah RM50. Pastikan anda buat pilihan bijak!
Makanan:
Bagi mereka yang beragama Islam, Krabi adalah destinasi yang tidak perlu anda ragui tentang makanan halal. Terdapat pelbagai pilihan makanan halal dan Tom Yam Kung adalah salah satu menu yang patut anda cuba. Selain itu, Krabi juga terkenal dengan ’street food’ mereka yang sedap dan murah!
3. Ho Chi Minh, Vietnam
Bandar Saigon yang juga merupakan ibu negara Vietnam ini sememangnya terkenal dengan peristiwa sejarah perang dan tempat untuk membeli belah. Antara tempat yang wajib dikunjungi adalah War Museum, Ben Thanh Market (membeli-belah), Chu Chi Tunnel dan macam-macam lagi.
Penginapan:
Kawasan ini terkenal dengan butik hotel mereka dan harga yang murah. Terdapat banyak pilihan hotel bertaraf dua dan tiga bintang yang sesuai untuk keluarga anda. Harganya boleh cecah serendah RM60, bergantung pada masa anda membuat tempahan. Dinasihatkan untuk membuat tempahan awal sebelum tarikh percutian.
Makanan:
Terdapat pelbagai pilihan makanan halal yang disajikan oleh pemilik restoran yang berbangsa muslim. Vietnam juga terkenal dengan makanan berkonsepkan sup dan sayur yang sedap dan murah.
4. Koh Samui, Thailand
Pulau yang terkenal dengan kebersihan dan keindahan alam ini merupakan salah satu destinasi yang menarik untuk dikunjungi. Pulau Samui ini juga sesuai untuk melakukan aktiviti air kerana dikelilingi pantai yang cantik.
Penginapan:
Tidak perlu risau tentang kos penginapan di sini. Kerana terdapat pilihan hotel dengan harga berpatutan serendah RM100-150. Jika anda datang bersama keluarga, pilihan hotel yang selesa dan murah sememangnya banyak.
Makanan:
Memang mudah untuk mencari makanan halal di sini kerana jumlah pelancong muslim yang semakin ramai. Makanan laut ala Thai merupakan salah satu kegemaran di kalangan pelancong.
5. Medan, Indonesia
Medan merupakan antara kota terbesar selain Jakarta dan Bandung. Jika di Bandung terkenal dengan syurga membeli belah, Medan juga tidak kurang hebatnya. Terdapat pelbagai pilihan kain ela dengan harga yang jauh lebih murah berbanding Bandung.
Penginapan:
Antara pakej percutian yang ditawarkan adalah serendah RM100 semalam. Anda boleh pilih untuk menginap di Sinabung Hill dan menikmati suhu sejuk di sana.
Makanan:
Jika berkunjung di Medan, masakan Padang adalah menu yang patut anda cuba. Selain terdapat banyak pilihan Ayam Penyet yang sedap dengan harga yang amat berpatutan.
Teks oleh : Izzat Ridzwan
Sumber : Jelita.com, dyaanneesa.blogspot.com
Gempak
Fri Mar 17 2017
Tahukah anda dengan bajet serendah RM500, anda boleh melancong hingga ke luar negara?
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
AWANI Ringkas: Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk ke AGC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ketua Menteri Pulau Pinang bercuti mulai hari ini hingga 6 Dis
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow akan bercuti ke China mulai hari ini hingga 6 Dis.
Rujuk ramalan cuaca sebelum bercuti di Pahang
Masyarakat juga diminta patuh notis yang dikeluarkan termasuk oleh Jabatan Perhutanan Pahang yang menyelia beberapa tempat rekreasi.
Ongkili bercuti, Joachim pemangku Presiden PBS bermula 1 Jun
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili akan mula bercuti daripada memegang jawatan tertinggi parti itu bermula 1 Jun.
Mantan PM China Li Keqiang meninggal dunia
Mendiang sedang bercuti di Shanghai bersama keluarga ketika mengalami serangan jantung pada Khamis.
Duit RM40 pemberian terakhir anak buat bapa
Anak sulungnya itu berkeras tetap mahu memberikan kepadanya dengan alasan boleh digunakan ketika mereka bercuti nanti.
Ibu bapa akan didenda jika anak tidak datang ke sekolah
Kerajaan turut mencadangkan supaya daftar murid disimpan secara elektronik.
Najib, keluarga cuti di atas kapal layar atas jemputan putera raja - Saksi
Setiap maklumat berkaitan destinasi percutian itu dimaklumkan kepadanya oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.
Melaka pilihan pelancong bercuti sempena Aidilfitri
Lokasi pelancongan di Melaka terus menjadi tumpuan pengunjung dari dalam dan luar negeri ini yang mengambil kesempatan cuti umum sempena Aidilfitri untuk meluangkan masa bersama keluarga.
Buat ujian kendiri COVID-19 sebelum, selepas balik bercuti - Pakar
Keterujaan orang ramai untuk pulang ke kampung dan bercuti sempena perayaan Tahun Baharu Cina ini, tidak sepatutnya membuatkan mereka alpa tentang kepentingan memastikan tahap kesihatan mereka, ketika
Kanak-kanak 6 tahun lemas ketika berkelah di Port Dickson
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun disahkan meninggal dunia akibat lemas di Pantai Seaview, Tanjung Gemok di sini petang tadi.