SIAPA yang tak makan durian, cuba hadamkan khasiat raja buah durian yang dikongsikan ini.

Biarpun ada orang yang samakan bau durian ini bak keju busuk, percayalah, ianya sebenarnya bukan sekadar ada rasa enak, malah penuh dengan khasiat kebaikan.

Jika tidak, masakan ketika wabak COVID-19 tahun 2020, rakyat Malaysia telah makan lebih 303 juta kilogram durian. Yang mana, nilaian itu bersamaan 75,000 ekor gajah. Haa.. betulkan durian itu memang jadi ‘kecintaan’ rakyat Malaysia.

Walaupun sebegitu ramai yang ‘cinta’, ada juga menjadikan durian punca ‘penjarakan sosial’.

Gara-gara baunya, rasanya malah kandungan lemaknya yang tinggi buat sesetengah elak menikmatinya.

Jangan tak tahu ya, raja buah durian ini sebenarnya kaya manfaat yang bagus untuk kesihatan pemakannya. Nak tahu apa khasiat raja buah durian ini, jom hadamkan.


Khasiat-raja-buah-durian

Empat khasiat raja buah durian untuk kesihatan

Pertama: Kaya dengan nutrisi

Menikmati durian dengan banyak pada musimnya boleh mendatangkan rasa muak. Mungkin juga disebabkan makan dengan terlalu banyak, dan terkenang kata-kata yang durian itu tidak menyihatkan.

Hakikatnya, durian itu sendiri mewah dengan nutrisi. Sebiji durian saja mengandungi sejumlah besar lemak sihat seperti alpukat. Alpukat ini membantu tubuh menyerap vitamin A, D, E dan K.

Biarpun kaya nutrisi, durian tetap perlu diambil secara bersederhana.

Kedua: Ada darah tinggi? Anda mungkin perlukan durian lagi dan lagi

Antara lain, khasiat raja buah durian ini merupakan sumber potasium yang sangat baik. Makanan tinggi potasium amat penting dalam menguruskan tekanan darah tinggi, yang mana, kekurangan viramin ini boleh menjadi penyumbang utama penyakit kardiovaskular.

Potasium juga membantu meredakan ketegangan pada dinding saluran darah. Seterusnya membantu menurunkan tekanan darah. Jadi, hargailah kesihatan jantung anda dengan dos sihat dari raja buah ini.

Ketiga: Alami sakit sendi, ambillah durian sebiji dua

Durian ini tinggi vitamin C berbanding buah-buahan tempatan yang lain. Penting untuk anda ketahui bahawa vitamin C ini adalah juara antara juara apabila membicarakan soal vitamin.

Kekurangannya boleh menyebabkan sakit sendi. Sebaliknya, pengambilan yang mencukupi boleh .membantu mengurangkan risiko kesakitan yang disebabkan kanser. Haa.. bila dah tahu khasiat ini, bolehlah tamatkan ‘penjarakan sosial durian’ dalam kalangan ahli keluarga kita itu ya.

Keempat: Membantu pergerakan usus

Selain banyaknya serat pada seulas durian, buah ini juga kaya dengan gula semula jadi yang mana ia boleh menapai dengan baik selepas terdedah kepada bakteria usus semasa penghadaman.

Dengan kata lainnya, ia bertindak sebagai ejen prebiotik.

Memberikan makanan kepada banyak bakteria kecil dalam usus anda dan menyokong fungsi pencernaan dan kesihatan kolon.

Fakta bonus lagi mengenai khasiat raja buah durian.

Walau anda tak gemar atau elak makan raja buah durian sekalipun, jelas sudah buah berduri ini sebegitu kaya dengan khasiat. Cuma, perlu diingatkan sekali lagi, bahawa kesederhanaan itulah kuncinya. - Mingguan Wanita


** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!