awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis terima laporan hantaran Facebook dipercayai fitnah ke atas Institusi Diraja Perlis
BTS kembali dengan album baharu 20 Mac ini selepas berehat hampir empat tahun
PUNB lantik Rastam Mohd Isa pengerusi baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bukan di riba, tapi bayi ini nyenyak tidur atas gitar

Astro Awani
Astro Awani
27/03/2019
02:57 MYT
Bukan di riba, tapi bayi ini nyenyak tidur atas gitar
Gelagat comel si anak dan bapa ini telah menjadikan mereka seolah-olah selebriti di media sosial.
TIDAK dinafikan pelbagai cabaran terpaksa dihadapi pasangan suami isteri yang baharu menimang cahaya mata.
Daripada proses melahirkan si anak sehinggalah ke proses menidurkan mereka, pelbagai gelagat dapat kita lihat baik gelagat si comel itu sendiri dan tak kurang juga gelagat ibu bapa.
Dengan adanya peranti canggih dan kemudahan internet, ada sesetengah pasangan ibu bapa era moden ini yang mengambil peluang berkongsi saat berharga mereka bersama si comel ni di ruangan media sosial.
Itulah yang dilakukan pasangan dari Missouri, Amerika Syarikat ini.
Dalam video yang dikongsikan di Facebook itu, Chandra Comer cuba meminta pertolongan suaminya, Cody untuk menidurkan anak mereka yang baru berusia dua minggu, Carrigan.
Cody, seorang pemuzik ketika itu sedang asyik memetik gitar lantas meletakkan anaknya itu di atas gitarnya dan terus memainkan lagu dan menyanyi.
Apa yang menarik perhatian adalah gelagat comel Carrigan yang sedikit pun tidak terganggu dengan nyayian dan petikan gitar ayahnya sebaliknya dilihat begitu nyeyak tidur di atas gitar Cody.
Gelagat comel si anak dan bapa ini telah menjadikan mereka seolah-olah selebriti di media sosial dan video terbabit setakat ini telah mendapat lebih 60 juta tontonan dan lebih sejuta perkongsian di Facebook.
Topic Berkaitan
#bapa
#bayi
#comel
#cute video
#Facebook
#gitar
#ibu bapa
#Media
#media sosial
#video comel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan