KUALA LUMPUR: Bagi pekerja kedai buku terpakai dalam talian Books and Bobs, membuka kotak mengandungi buku-buku terpakai ibarat menyelongkar peti harta karun yang kadangkala menemukan mereka dengan "khazanah" yang mempunyai nilai tersendiri.
"Setiap kali ada kotak sampai, kita akan buka dan belek dengan teliti buku yang diterima kerana adakala buku terbabit mempunyai autograf penulis dan ada juga buku edisi pertama," kata pemilik Books and Bobs Rachel Ang.
Sekalipun begitu, Ang berkata setiap buku terpakai yang diterima, sama ada sumbangan mahupun yang dibeli daripada orang ramai, mempunyai nilai masing-masing.
"Buku yang berkeadaan terlalu lusuh sekalipun masih bernilai, iaitu kita hantar untuk dikitar semula," kongsinya dengan Bernama baru-baru ini.
Bekas akauntan bertauliah dan ejen insurans itu memutuskan untuk menjadikan kegemaran membaca dan rasa cinta beliau terhadap buku sebagai sumber pendapatannya dengan menubuhkan Books and Bobs pada Julai 2016, bermodalkan tidak sampai 100 buah buku.
"Saya sebenarnya menganggur selama beberapa tahun selepas meninggalkan industri pemasaran. Malah saya pernah menjalankan perniagaan dalam talian menjual barang perhiasan kostum selama kira-kira setahun.
"Namun kehidupan saya pada masa itu terlalu sibuk menyebabkan saya mengalami kemurungan. Sepanjang tempoh itu saya mencari ketenangan menerusi buku sebelum saya beransur-ansur terlibat dalam penjualan buku melalui Facebook.
"Saya mulakan dengan mengiklankan 50 buah buku daripada koleksi saya dan juga buku baharu kepada kawan-kawan dan ahli kelab buku.
"Saya kemudian perluas pasaran dengan menyertai kumpulan pencinta buku melalui Instagram," ceritanya.
Tambahnya, pada tahun pertama, beliau melakukan aktiviti itu secara sambilan dan hanya terbabit sepenuh masa setahun kemudian apabila perniagaannya semakin berkembang.
NILAI SENTIMENTAL BUKU TERPAKAI
Sebagai seorang yang sangat gemar membaca, Ang lazimnya mendapatkan buku daripada kedai buku terpakai bagi menjimatkan kos kerana harga buku baharu agak mahal.
"Ada masa saya terpaksa berjimat cermat untuk membeli buku kerana dana yang terhad. Disebabkan harga yang tinggi juga saya keberatan untuk membeli buku baharu serta karya penulis yang tidak dikenali.
"Justeru, penyelesaian terbaik adalah membeli buku terpakai," jelasnya.
Ang juga berpandangan dengan menjual buku terpakai, beliau sebenarnya berkongsi nilai sentimental sesebuah buku itu untuk dihargai oleh pembaca atau pemilik seterusnya.
"Atas sebab itu jugalah 90 peratus buku dalam stok kami adalah buku terpakai," jelasnya lagi, menambah mereka turut menjual buku baharu bagi memberi pilihan kepada pengguna.
Mengenai nama premisnya yang agak unik, Ang berkata nama Books and Bobs itu dicadangkan oleh suaminya yang mengambil inspirasi drama teater British bertajuk "Bits and Bobs".
Menurutnya, bits and bobs adalah slanga dalam bahasa Inggeris yang bermaksud "pelbagai jenis objek kecil".
"Sekarang kami ada kira-kira 15,000 naskhah buku dalam stok," katanya.
Mengenai harga pula, beliau berkata penetapan dibuat berdasarkan gred buku iaitu "buku baharu", "seakan baharu", "sangat baik" dan "boleh diterima".
"Saya bermula dengan menjual buku bukan fiksyen berbahasa Inggeris, namun sekarang saya sedar semua jenis buku ada pasaran masing-masing.
"Sebagai contoh, buku mengenai seni mempertahankan diri dan kesejahteraan seperti 'qi qong' amat popular dan sering dicari oleh pelanggan tetap kami.
"Saya dapati orang ramai amat menghargai buku yang saya jual dan mereka beritahu saya 'oh, saya dah lama cari buku ini dan akhirnya dapat juga. Murah pula tu. Terima kasih!'
"Inilah yang membakar semangat saya untuk terus terlibat dalam bidang ini dan saya gembira dengan pekerjaan saya sekarang," ujarnya.
Menurut ibu kepada dua anak perempuan itu, sambutan yang diterima juga amat menggalakkan dengan pada tahun lepas beliau merekodkan jualan bernilai RM400,000.
Tahun ini, kedainya yang diuruskan dengan bantuan sembilan pekerja termasuk seorang pekerja sambilan, berada di landasan untuk mencatatkan jualan bernilai RM600,000.
"Saya anggap ini adalah hikmah PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)," ujarnya.
PUPUK TABIAT MEMBACA
Mengulas mengenai tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia, Ang berkata sikap itu harus dipupuk di rumah dengan mengambil pendekatan melentur buluh biarlah dari rebung.
"Membaca buku bukan sahaja memberikan anda pengetahuan bersandarkan fakta sebenar, tetapi turut membolehkan anda mengulang baca buku itu pada bila-bila masa.
"Selain itu, buku seperti novel turut memberikan kita perasaan gembira dan lain-lain di samping meningkatkan kosa kata kita," kata wanita itu, menambah buku pertama yang mencetuskan minat membacanya bertajuk '5 People You Meet in Heaven'.
Malah bagi beliau, membaca buku digital atau melalui Internet tidak dapat memberikan kepuasan yang sama seperti membaca buku fizikal.
"Saya lebih suka membaca buku fizikal kerana saya sukakan perasaan semasa membelek muka surat serta bau buku... satu pengalaman yang amat berbeza berbanding membaca buku digital," kata Ang yang meluangkan kira-kira dua jam setiap hari untuk membaca.
"Buku baharu atau lama, kedua-duanya amat bernilai bagi saya," tambahnya.
PASARAN BUKU LAMA
Seorang lagi pencinta buku Abdul Halim Ismail, 54, turut menjadikan kegemarannya itu sebagai sumber pendapatan.
Namun, tidak seperti Ang yang menjual dalam talian sepenuhnya, Abdul Halim turut membuka gudang simpanan bukunya yang terletak di Taman Saujana Puchong dekat sini, kepada pembeli.
Sekali pandang, premis tanpa papan tanda itu tidak ubah seperti sebuah stor biasa. Namun, menjengah ke dalamnya, mata akan tertumpu pada susunan lebih 10,000 naskhah buku milik bekas pengurus kilang berkelulusan kejuruteraan kimia daripada Universiti of Arkansas tersebut.
"Saya mula menjual buku terpakai koleksi sendiri menerusi platform eBay pada 2004," katanya, menambah beliau menyewa gudang itu sejak 2017 bagi menjual koleksinya yang diperoleh daripada orang ramai, institusi pendidikan dan syarikat korporat sejak tujuh tahun lepas.
"Saya pernah bekerjasama dengan seorang pesara kerajaan menjual dan mengumpul buku terpakai menerusi van 'Mobile Book Cafe'. Kemudian saya mencuba platform Facebook dengan mewujudkan page bernama 'Coretan Buku Terpakai' dan 'Buku Terpakai' serta platform Shopee 'ABook'," ceritanya.
PENGUMPUL BUKU LAMA
Beliau turut memanfatkan platform mudah.my bagi mengiklankan dan memasarkan bukunya yang dijual pada harga serendah RM1 hingga RM300 senaskah.
Menurutnya, kebanyakan pelanggan beliau adalah peminat buku lama, merangkumi buku ilmiah dan juga novel berbahasa Melayu.
Selain menerima pelbagai jenis bahan bacaan termasuk buku teks sekolah dan rujukan serta majalah yang diterbitkan pada era terdahulu, Abdul Halim turut membantu pelanggan mencari buku yang mereka mahukan.
"Ramai dalam kalangan pelanggan saya ialah pengumpul buku-buku lama... Jika ada yang menyumbang buku-buku sebegini ke premis saya, saya akan menghubungi mereka (pelanggan)," jelasnya, menambah kebanyakan mereka menggemari buku zaman penjajahan British di Tanah Melayu, buku sejarah ataupun karya Sasterawan Negara seperti A. Samad Said dan Usman Awang.
Abdul Halim juga sependapat dengan Ang bahawa buku terpakai mempunyai daya tarikan tersendiri selain masih ramai yang gemar membaca buku fizikal berbanding buku digital.
Katanya pelanggan boleh datang sendiri ke gudang itu yang dibuka setiap hari dari 8 pagi hingga 1 tengah hari selain membeli secara dalam talian yang akan dihantar menggunakan perkhidmatan penghantaran.
-- BERNAMA / Soon Li Wei
Bernama
Tue Jun 14 2022
Rachel Ang berkata setiap buku terpakai yang diterima, sama ada sumbangan mahupun yang dibeli daripada orang ramai, mempunyai nilai masing-masing. - Bernama
Masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk beri semangat
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih setia bersama parti itu meskipun ada mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Titah Addendum: Anwar enggan terlibat, itu bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan YDP Agong
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Giat Mara Bagan Datuk naik taraf jadi kampus MCI
Giat Mara Bagan Datuk telah dinaik taraf menjadi kampus Malaysia-China Institute (MCI) bagi melatih pelajar tempatan di dalam bidang Latihan Teknikal Dan Vokasional Malaysia (TVET) sebelum di hantar ke China.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Penipuan SMS kembali aktif
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial mengesan taktik penipuan melalui SMS yang dihantar daripada syarikat telekomunikasi terkenal seperti Maxis, Celcom dan Digi.
Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata buat masa ini, pasaran saham masih berada dalam keadaan yang stabil.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata buat masa ini, pasaran saham masih berada dalam keadaan yang stabil.
Pelajar meninggal dunia ketika acara larian rentas desa
Seorang pelajar Tingkatan 2 meninggal dunia ketika menyertai acara larian merentas desa peringkat sekolah di Kuala Pilah, pada Jumaat.
Pemandu bas langgar 11 kenderaan direman
Pemandu bas yang merempuh 11 kenderaan di persimpangan lampu Isyarat Jalan Tan Swee Hoe-Jalan Kluang di Johor pada Khamis, direman empat hari sehingga Isnin.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin.
Konflik Israel-Iran: Wisma Putra pantau situasi di Timur Tengah
Susulan ketegangan yang berlaku di antara Israel dan Iran, Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata ia akan terus memantau situasi di Timur Tengah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Buku terpakai masih ada 'harga'
Setiap buku terpakai yang diterima, sama ada sumbangan mahupun yang dibeli daripada orang ramai, mempunyai nilai masing-masing.