awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bumi kian pulih, kebocoran lapisan ozon kembali tertutup

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
28/04/2020
00:30 MYT
Bumi kian pulih, kebocoran lapisan ozon kembali tertutup
Penutupan lubang lapisan ozon itu disahkan oleh Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S) dan Perkhidmatan Pemantauan Atmosfera Copernicus (CAMS) Pusat Ramalan Cuaca Eropah (ECMWF) baru-baru ini. - Twitter @CopernicusECMWF
SUDAH hampir empat bulan kita berdepan dengan pandemik COVID-19 yang sehingga kini mengakibatkan lebih 170,000 kematian di seluruh dunia dan kebanyakan negara mengenakan sekatan pergerakan untuk menghentikan penularan virus itu.
Tanpa kita sedari, sekatan pergerakan juga bermakna kebanyakan aktiviti biasa seperti perkilangan dan pengangkutan berkurangan dengan mendadak secara tiba-tiba hampir di seluruh dunia, sekali gus memberi kesan baik kepada bumi!
Ya, disebabkan itu tanda pagar #NatureIsHealing menjadi bahan bualan orang ramai ketika ini.
Alam semula jadi kian pulih berikutan pelbagai aktiviti manusia yang membawa kepada berlakunya pencemaran air, udara dan tanah sebelum ini, dihentikan seketika.
Terkini, walaupun mungkin tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan penurunan aktiviti manusia, berita kebocoran atau lubang besar lapisan ozon di kawasan Artik yang telah kembali tertutup memberi harapan baharu kepada alam semula jadi.
Lubang atau kebocoran itu pertama kali dikenal pasti oleh saintis pada bulan Mac tahun ini yang mana ia berpunca daripada keadaan atmosfera yang luar biasa.
Maklumat itu disahkan oleh Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S) dan Perkhidmatan Pemantauan Atmosfera Copernicus (CAMS) Pusat Ramalan Cuaca Eropah (ECMWF) baru-baru ini.
The unprecedented 2020 northern hemisphere #OzoneHole has come to an end. The #PolarVortex split, allowing #ozone-rich air into the Arctic, closely matching last week's forecast from the #CopernicusAtmosphere Monitoring Service. More on the NH Ozone holehttps://t.co/Nf6AfjaYRi pic.twitter.com/qVPu70ycn4
— Copernicus ECMWF (@CopernicusECMWF) April 23, 2020
Saintis memaklumkan bahawa penutupan lubang itu tiada kena mengena dengan penurunan tahap pencemaran disebabkan pengurangan aktiviti perindustrian daripada manusia.
Sebaliknya ia disebabkan pusaran kutub (polar vortex) dan nilai altitud yang tinggi yang menjadikan berlakunya penutupan lubang tersebut.
Untuk pengetahuan, fungsi lapisan ozon adalah untuk melindungi manusia daripada sinar ultraviolet (UV) matahari yang boleh menyebabkan kanser kulit.
Pada tahun 1970-an, para saintis mendapati bahawa lapisan ozon semakin menipis disebabkan oleh aktiviti manusia, sehingga memberi ancaman terhadap kehidupan di muka bumi.
Topic Berkaitan
#alam semulajadi
#Bumi
#COVID-19
#kutub utara
#lapisan ozon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan