GUA MUSANG: Sejak beberapa tahun lalu, Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang menjadi lokasi tumpuan bagi penggemar eko-pelancongan.
Ini kerana ramai tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri antara bunga terbesar di dunia, Raflesia yang cukup sinonim dengan Negeri Di Bawah Bayu.
Menariknya Raflesia atau nama asalnya bunga Pakma ini hidup 'subur' dan mekar di Lojing ini sepanjang tahun dan orang ramai boleh saksikannya secara dekat.
Ia tumbuh melata di Taman Konservasi Raflesia Tanah Tinggi Lojing.
Saya sempat mengikuti penerokaan bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Kelantan dengan usaha sama Pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Lojing,Gua Musang baru-baru ini.
Perjalanan ke taman konservasi berkenaan memerlukan saya untuk menaiki kenderaan pacuan empat roda kerana terpaksa melalui perjalanan yang mencabar.
Kami dibawa oleh pemandu pelancong yang juga dalam kalangan masyarakat Orang Asli yang lebih mahir selok-belok di situ.
Sepanjang perjalanan, banyak informasi serta pengalaman baharu saya perolehi termasuk ilmu survival dan jenis tumbuhan hutan.
Menariknya juga, saya diterangkan mengenai kondisi dan formasi bunga Raflesia sebelum ia mekar serta selepas ia layu dan mati.
Perjalanan mengambil masa sekitar 45 minit untuk sampai ke lokasi tumbuhnya Raflesia di mana anda perlu 'trekking' dan meredah beberapa anak sungai.
Sesudah tiba, saya begitu teruja menyaksikan bunga kembar mekar yang sebelum ini hanya dilihat di wang kertas RM10 serta melalui buku sahaja.
Berikut dikongsikan beberapa fakta menarik dan bagaimana anda boleh melawat pusat konservasi ini:
Sejarah mengenai Raflesia:
Masyarakat di Nusantara memanggil ia bunga pakma atau bagi masyarakat Orang Asli memanggilnya bunga manar.
Bunga ini difahamkan sudah lama ditemui masyarakat di Nusantara.
Namun individu pertama yang merekodkan serta mendumentasikan bunga ini adalah Sir Stamford Raffles pada 1816 di Bengkulu, Sumatera ketika beliau menjadi Gabenor di situ.
Stamford Raffles cukup sinonim dengan sejarah Singapura, yang menjadi individu penting dalam membangunkan Kota Singa itu sebagai pelabuhan terpenting bermula 1819.
Jadi mengapa namanya Raflesia?
Raffles + Asia (Raffles menemui bunga pakma ini di Asia).
Fakta mengenai Raflesia:
* Bunga Raflesia ialah tumbuhan parasit yang hidup menumpang di pokok lain.
* Makanan dan nutrien tumbuhan ini diperoleh daripada perumahnya.
* Fasa awal pembentukannya adalah bebola kecil seperti tunggul pada pada permukaan tumbuhan perumah yang kemudiannya akan membesar dan menyebabkan lapisan luar permukaan tumbuhan perumah merekah dan pecah menampakkan kudup bunga Raflesia.
* Fasa perkembangan kudup bunga Rafflesia adalah selama sembilan bulan.
* Kemudian ia akan mekar menjadi bunga Raflesia yang akan bertahan selama antara tujuh hingga sembilan hari.
* Mempunyai bau yang unik untuk menarik perhatian serangga bagi proses pendebungaan.
* Bunga terbesar yang hanya melata di hutan hujan empat negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.
* Kebiasaannya hidup di tanah tinggi dan hutan tebal.
Bagaimana akses ke Taman Konservasi Raflesia Tanah Tinggi Lojing?
Bagi mereka yang berminat untuk melihat bunga Raflesia dengan mata kasar, anda boleh dapatkah perkhidmatan pemandu pelancong.
Ini kerana, jalan untuk ke taman konservasi ini juga sedikit mencabar dan kebiasaannya memerlukan anda untuk menaiki kenderaan pacuan empat roda.
Anda juga akan dibawa oleh pemandu pelancong untuk memasuki taman berkenaan dan perlu 'trekking' selama 45 minit serta meredah beberapa batang sungai sebelum dapat melihat sendiri bunga Raflesia yang kembang mekar.
Semasa dalam perjalanan, anda juga bakal disajikan dengan keindahan tumbuh-tumbuhan hutan yang jarang ditemui.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan pelancongan, boleh rujuk di pautan ini:
https://mdgm.kelantan.gov.my/index.php/pelawat/destinasi-menarik/tempat-tempat-pelancongan/198-konservasi-bunga-rafflesia-lojing-highlands
Hafizi Rosli
Mon Feb 21 2022
Wartawan Astro AWANI, Hafizi Rosli bersama bunga Raflesia yang kembang mekar di Taman Konservasi Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang - Foto/ Hafizi Rosli
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Bunga Raflesia kembang mekar sepanjang tahun di Lojing, Gua Musang
Walau hanya mekar sekitar tujuh hari, namun orang ramai boleh menyaksikannya sepanjang masa di Pusat Konservasi Raflesia Tanah Tinggi Lojing