TANAMAN di dalam rumah atau indoor plant memberi suasana yang segar sekali gus menjadi pelengkap dekorasi. Namun, memandangkan wadahnya merupakan sebuah pasu, aliran nutrisi kepada tanaman amat terbatas

Walaupun ia hanya tanaman hiasan, ia tetap peru dibaja apabila tiba masanya. Hal ini dapat memastikan tanaman indoor anda hidup sihat dan tumbesarannya optimum.

Tetapi, nak beri baja pada indoor plant bukan boleh sebarangan. Khuatir ia memberi impak kepada isi rumah pula. Oleh itu, fahami cara betul membajanya.

Foto: Unsplash

Jenis baja yang sesuai

Tidak semua baja dicipta menggunakan formula dan mempunyai kegunaan yang sama walaupun dari jenis yang sama. Namun, ramai yang menggunakan baja akhirnya menyebabkan tanaman mereka mati.

Jenis cecair adalah baja yang paling sesuai untuk tanaman indoor. Seperti contoh jenis imulsi ikan. Ini kerana baja cecair lebih mudah dan cepat diserap tanaman.

Cara pembajaan

Jika tidak mempunyai baja jenis cecair, gunakan baja biji yang anda anda tetapi sebelumnya larutkan di dalam air. Larutkan sepertiga baja butir bersama 3 liter air. Lakukan pembajaan setiap 2-3 minggu sekali dari bulan Mac hingga September. Selebihnya adalah tempoh untuk tanaman anda berehat.

Foto: Unsplash

Kerap periksa tanaman

Penjagaan tanaman indoor sama seperti yang lain. Perlu diperiksa ada atau tidak serangga perosak, buang bahagian yang layu dan mati dan lain-lain.

Tapi ada satu yang paling penting - lihat ada atau tidak akar yang keluar dari bawah pasu. Jika ada, ia menunjukkan tanaman anda memerlukan pasu yang lebih besar atau perlu dipecahkan kepada beberapa bahagian rumpun kecil.

Yang tidak memerlukan baja

Tidak semua tanaman indoor memerlukan baja. Antara jenis tidak perlu dibaja adalah succulent dan kaktus. Oleh itu, cukup sekadar menambak atas tambah medium tanaman pada pangkal pokok.

* Artikel asal disiarkan di Impiana.my