GAYA HIDUP
Demam Star Wars turut melanda Rumah Putih!

Semalam, dua tentera Stoom Troopers dan robot R2D2 dilihat menemani jurucakap Rumah Putih, Josh Earnest ke bilik taklimat Rumah Putih.
Nampaknya deman filem Star Wars: The Force Awakens turut melanda Rumah Putih.
Semalam, dua tentera ‘Stoom Troopers’ dan robot R2D2 dilihat menemani jurucakap Rumah Putih, Josh Earnest ke bilik taklimat Rumah Putih.
Perkara ini nyata mengejutkan wartawan serta pihak media yang tiba untuk satu sidang media.
"Ini adalah sedikit berbeza daripada sidang akhbar yang kami biasa adakan, tetapi saya suka penampilan ini," kata Earnest kepada wartawan.

STAR WARS
Kredit Gambar: Reuters

STAR WARS
Kredit Gambar: Reuters
Menurut portal Guardian, kehadiran watak terkenal itu sempena tayangan khas filem Star Wars di Rumah Putih bersama keluarga ahli-ahli organisasi Gold Star Survivors.Gold Star Survivors merupakan satu oranisasi yang dianggotai oleh ahli keluarga yang kehilangan orang tersayang dalam peperangan.
Siri ketujuh filem berkenaan yang menampilkan pelakon baru seperti Daisy Ridley, John Boyega dan Oscar Isaac selain pelakon asal, Mark Hamill, Carries Fisher dan Harrison Ford.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami