LAWATAN seorang kanak-kanak ke sebuah zoo di Jepun hampir menjadi mimpi ngeri apabila menjadi sasaran seekor singa.

Detik cemas itu sempat dirakam dan merupakan antara video viral di YouTube sejak semalam.

Kejadian berlaku di Chiba Zoological Park, Tokyo apabila kanak-kanak itu dan seekor singa di situ saling bertentang mata dari jarak jauh.

Namun, sebaik sahaja dia membelakangi singa tersebut, secara tiba-tiba haiwan ganas itu terus 'mengejar' dan seakan mahu menerkam kanak-kanak itu.

Namun, mujurlah kedua-dua mereka dipisahkan oleh kaca yang menutupi kandang.

Menurut laporan NDTV, penjaga zoo dilaporkan berkata bahawa singa berkenaan sering melakukan aksi sebegitu bertujuan untuk “bermain-main bersama kanak-kanak.”

Video yang dimuat naik oleh pemilik akaun Animals Attack di YouTube itu kini mencatatkan sekitar 1.4 juta views.