SEJAK kebelakangan ini, ramai tertanya tentang status diet ketogenik yang semakin popular. Adakah diet sebegitu selamat atau hanya membinasakan tubuh badan untuk jangka masa panjang?
Ramai mendakwa, diet ketogenik yang menukar sumber makanan utama berunsurkan karbohidrat boleh mengundang tekanan pada tubuh.
Apa tidaknya, ada sesetengah yang mempraktikkan diet sedemikian mengadu badan berasa letih dan tidak bermaya selama beberapa minggu yang pertama, yang dipanggil sebagai kitosis (tubuh sedang cuba menyesuaikan diri menggunakan keton sebagai sumber bahan).
Bagaimanapun, dari satu sudut lain, beberapa kajian mendedahkan, melalui ketogenik, ia boleh membantu penderita sawan dan kencing manis untuk tidak bergantung kepada ubat untuk tempoh masa yang agak lama.
Sebelum pergi jauh, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan diet ketogenik?
Seperti yang dijelaskan menerusi portal antarabangsa Healthline, pada kelazimannya, tubuh manusia menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga dan ia biasanya diperoleh daripada diet harian.
Bekalan glukosa biasanya hanya boleh bertahan selama 24 jam selepas pengambilannya. Selepas tempoh itu, sistem metabolisme akan mengatur mekanisme alternatif untuk membakar simpanan lemak yang disimpan di dalam tubuh. Pada saat itulah, jadual diet ketogenik bermula.
Cara pemakanan diet akan memaksa tubuh membakar lemak secara berterusan dengan memastikan bekalan karbohidrat sentiasa dikawal pada tahap rendah. Justeru, makanan yang kaya dengan sumber lemak harus dibekalkan kepada tubuh.
Sumber lemak mewakili hingga 80 peratus keperluan kalori manakala bakinya barulah datangnya daripada sumber karbohidrat dan protein.
Setiap menu harus mengandungi empat kali ganda sumber lemak berbanding dengan karbohidrat dan protein. Sumber minuman juga turut dipantau kerana minuman membekalkan sumber tenaga kepada tubuh.
Pakar Kesihatan, Dr Zubaidi Ahmad menerusi Facebooknya menerangkan, diet ketogenik lebih kepada satu peraturan pemakanan dengan penekanan kepada makanan tinggi lemak dan rendah karbohidrat.
Menurutnya, matlamat utama jenis pemakanan tersebut ialah bagi membolehkan tubuh membakar lemak dan bukan glukosa untuk tenaga memandangkan diet ketogenik tinggi lemak dan protein.
“Peraturan makanan diet itu akan memaksa tubuh dalam keadaan ketosis yang mana keton akan digunakan sebagai sumber bahan bakar lemak,” katanya.
Keton merupakan hasil sampingan daripada metabolisme lemak (membakar lemak).
Ujar Dr Zubaidi lagi, kajian awal menunjukkan diet ketogenik membantu dua daripada tiga kanak-kanak yang mengalami penyakit sawan (epilepsi).
“Namun, diet jenis ini perlu diurus dengan ketat dan memerlukan komitmen seluruh ahli keluarga,” katanya.
Mengulas lanjut, pakar itu berkata, para doktor masih belum memahami dengan pasti kaitan antara tenaga daripada lemak dan bagaimana sumber tenaga dapat membantu penderita penyakit sawan mengatasi kekejangan.
“Penggunaan diet meniru gaya berlapar dikenalpasti sebagai cara terbaik menangani serangan sawan berbanding penggunaan ubat sintetik dan pembedahan. Bagaimanapun, tidak semua penderita penyakit sawan menerima kesan yang sama daripada perlaksanaan diet ketogenik.
“Kebanyakan pakar pemakanan mengatakan diet ini patut dicuba setelah dua atau lebih ubatan gagal mengawal kekejangan.
"Tambahan lagi penggunaan ubatan boleh mendatangkan kesan sampingan yang membimbangkan," ujar beliau.
Detoks cuci usus
Dalam pada itu, pemilik Poliklinik Penawar yang juga Perunding Kesihatan D’ Jue Wellness, Dr Siti Juariah Kusni atau Dr Jue menegaskan, diet bukan sekadar untuk menguruskan badan semata-mata.
“Bagi diet ketogenik, amalannya sesuai untuk penghidap kencing manis kerana menu makanan tidak akan meningkatkan gula dalam darah.
“Banyak manfaat sebenarnya diet itu terutama kepada mereka yang mempunyai penyakit sawan, kanser, ketumbuhan, ekzema, autoimun memandangkan jadual pemakanan tiada melibatkan gula,” katanya.
Untuk menguruskan badan melalui diet tersebut, tidaklah susah. Seseorang hanya perlu mengambil makanan yang mempunyai kalori rendah dan mempelbanyakkan lemak bagus.
“Kalau mahu kunyah-kunyah, boleh makan kacang almond, gajus, walnut atau kacang sihat yang lain.
"Kena ambil tahu glisemik indeks (GI) pada makanan yang diambil kerana diet ketogenik kena ambil GI rendah.
“Apa itu GI? GI mengukur kepantasan karbohidrat menaikkan paras glukosa dalam darah. Insulin akan dirangsang naik ke sel lemak dan itu menyebabkan kita gemuk,” katanya.
Atas faktor itu, diet ketogenik tidak menggalakkan menikmati nasi. Sebagai pengganti, perlu ditukar kepada barli.
“GI barli sangat rendah dan boleh dipelbagaikan resepi bagi menggantikan nasi. Ini menu mudah dan murah sesuai dengan cita rasa orang kita dan ada menu lain yang mahal harganya tapi ikut kemampuan masing-masing.
“Satu lagi zucchini pun sedap dimakan. Boleh jadi pengganti mi atau spageti. Sebenarnya kita kena kreatif mencipta menu sihat ikut selera sendiri.
“Telur juga satu makanan diet yang cukup hebat. Lagi bagus ayam kampung sebab apa yang kita perlukan semuanya ada dalam sebiji telur itu,” katanya.
Nasihat Dr Jue, amalan diet ketogenik atau kaedah lain tidak akan berjaya jika seseorang itu masih gagal mengamalkan cara pemakanan sihat dan tidak menjaga usus.
“Kena ambil maklum mengenai kesihatan usus sebab bila tak sihat, bakteria baik rosak, jadi semua yang kita makan diserap dalam darah sekali gus menjadi punca diet tak kurus-kurus.
“Kena rawat terlebih dulu dan kalau boleh, buatlah amalan detoks sebulan sekali untuk mencuci usus,” sarannya.
Sinar Harian
Mon Aug 05 2019
AMALAN diet ketogenik yang membakar lemak untuk kurus. Adakah ia selamat diamalkan atau hanya memudaratkan diri kepada si pengamalnya? - Foto Sinar Harian
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Di sebalik kepopularan diet ketogenik
Ada sesetengah yang mempraktikkan diet sedemikian mengadu badan berasa letih dan tidak bermaya selama beberapa minggu yang pertama, yang dipanggil sebagai kitosis.